KEMATIAN anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim ini sekiranya tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya akan memberi kesan kepada perpaduan negara.

Keadaan ini bukanlah sesuatu yang kita mahukan tetapi ianya merupakan satu tindak balas daripada  rakyat sekiranya pihak berkuasa tidak menjalankan pembelaan kes Adib dengan sepatutnya.

Sebagai insan yang memiliki nilai kemanusian kita semestinya mahukan kematian anggota bomba ini terus terbela.

Apatah lagi dia adalah warganegara yang berstatus penjawat awam, tidak mungkin kita akan membiarkan kes ini tanpa pembelaan yang sewajarnya.

Pendapat sama turut diberikan oleh Anina Saadudin yang berkata kematian Adib perlu mendapat keadilan yang sepatutnya sebelum perkara buruk membabitkan keharmonian negara terjadi.

Presiden Empirical Malaysia itu berkata arwah masih mempunyai ibu bapa dan keluarga, semestinya mereka mahu pihak yang bertanggungjawab dalam kes ini mendapat hukuman yang setimpal.

“Kerana kita hidup dalam bernegara yang ada undang-undang.

“Malah kita hidup brbilang kaum, kerana kesan kematian Adib ini akan bagi kesan kepada perpaduan kaum di dalam negara ini.

“Ini adalah penting walaupun dia sudah meninggal dunia. Keadilan perlu dikembalikan,” katanya ketika ketika dihubungi NTHQiBord, baru-baru ini.

Anina sementara itu turut memberi respon berkenaan pengguguran peguam yang mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Shazlin Mansor.

Menurut pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu penyingkiran Syazlin  itu mempunyai kaitan dengan kenyataan saksi ke-29 prosiding inkues iaitu Perunding Kanan Forensik Patologi United Kingdom, Professor Dr Shahrom Abd Wahid.

Tambahnya, menerusi teori Dr Shahrom ketika keterangannya berkata, Adib mungkin ditarik keluar daripada van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan terhimpit di daun pintu sebelum dihentak dua atau tiga individu dengan kuat sehingga menyebabkan tujuh tulang rusuk kiri patah.

Anina berkata teori itu sekaligus menyangkal keterangan dua saksi daripada Institut Jantung Negara (IJN) yang mengatakan bahawa Adib terjatuh daripada EMRS.

Katanya, penyingkiran Shazlin berkait rapat dengan keterangan Dr Shahrom, dan berkemungkinan pakar itu tidak akan dipanggil semula menjadi saksi di dalam usaha pihak tertentu untuk menggaburi kes ini.

Semalam, Menteri KPKT Zuraida Kamaruddin memaklumkan bahawa kementeriannya bertindak mengugurkan Shazlin kerana kerajaan sudah diwakili oleh Jabatan Peguam Negara.- NTHQiBord, 28 Mei 2019.

1 COMMENT

  1. Pastinya akan jadi isu lebih besar dari 1MDB dan ini melibatkan nyawa serta akan membakar sentimen orang melayu terhadap bangsa india dan juga cina

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.