RINGGIT semakin melemah. Dulu Pakatan Harapan (PH) kata Najib turun, ringgit naik.

Kini selepas jadi kerajaan berbeza pula nadanya. Dah pandai salahkan faktor luar seperti perang dagangan Amerika Syarikat (AS) dan China.

Hairannya, ketika nilai ringgit makin turun, negara jiran yang lain tidak ketara pula turunnya.

Hari ini barulah ada yang berani mengakui nilai ringgit itu jatuh sebab kelemahan menteri PH itu sendiri.

Penasihat kerajaan, Tun Daim Zainuddin berkata, ringgit jatuh sebab menteri tidak pandai berkomunikasi.

Adakah kenyataan beliau ini ditujukan kepada Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang selalu teruja mengumumkan hutang negara cecah RM1 trilion?

Atau keterujaan Menteri Pertahanan berkelulusan seni masakan, Mohamad Sabu mendedahkan kelemahan aset negara?

Malah menteri PH berlumba-lumba melondehkan skandal kerajaan terdahulu sehingga menakutkan pelabur asing.

Maka tidak hairanlah Tun Daim menegur menteri Kabinet untuk berbincang terlebih dahulu dengan setiausaha akhbar sebelum keluarkan kenyataan media.

“Kalau nak buat kenyataan, bincang tengok apa kesannya, bincang dengan pegawai kemudian bincang menteri dengan menteri. Bukan seronok-seronok buat kenyataan.

“Kalau positif keluar kenyataan, kalau negatif jangan keluar kenyataan, kalau negatif nak umum juga, bodoh lah,” katanya dalam wawancara khas bersama sebuah syarikat penyiaran berbayar.

Selain itu Tun Daim berkata, Notis cukai pendapatan yang terlalu banyak dihantar kepada orang ramai membuatkan rakyat takut berbelanja hingga menyebabkan ringgit mengalami kejatuhan.

Orang kuat Tun Mahathir Mohamad berkata perkara itu diburukkan lagi apabila penghantaran notis cukai itu diumumkan kepada orang ramai hingga menyebabkan mereka takut berbelanja.

“Income tax tak perlulah kacau orang. Kalau hantar notis mereka takut nak belanja, patut jangan kacau rakyat.

“Sebelum ini tidak pernah umum, bila Pakatan Harapan jadi kerajaan, hantar notis sampai lapan juta.

“Lapan juta notis kalau seorang isteri dan seorang suami sudah 16 juta, kacau ni. Anda bunuh keyakinan. Dulu mereka keluar makan, sekarang mereka takut nak keluar,” katanya. – 29 Mei 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.