PENINGKATAN mendadak bil elektrik sememangnya meningkatkan kemarahan rakyat, apatah Aidilfitiri bakal tiba tidak lama lagi.

Oleh itu, kementerian yang bertanggungjawab perlu berbincang dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB)  untuk menangani keresahan rakyat ini.

Semalam, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC), Yeo Bee Yin berkata kerajaan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap TNB sekiranya kesalahan itu kenaikan harga elektrik itu datangnya daripada syarikat itu.

Tidak dapat difahami dengan jelas bagaimana seorang menteri iaitu, Yeo Bee Yin begitu tegas terhadap TNB yang merupakan salah satu syarikat milik kerajaan (GLC) itu.

Adakah beliau benar-benar tegas atau sengaja mahu menggugat kredibiliti TNB yang dikuasai oleh golongan Melayu dan Bumiputera?

Taktik Bangsa DAP ini memang tidak dapat dinafikan, kerana mereka sememangnya tidak senang dengan perniagaan orang Melayu.

Namun begitu kerajaan sebaiknya perlu tangani perkara ini dengan sebaiknya.

Jangan sesekali cuba meneguk di air yang keruh di dalam mendepani situasi ini.

Sepatutnya sebagai kementerian yang terlibat, MESTECC menfokuskan dalam mencari penyelesaian untuk mengatasi kemelut yang berlaku.

Malah jangan terlalu mudah menjatuhkan kesalahan kepada sesiapa.

Perkara ini turut mendapat respon daripada Timbalan Ketua Pemuda, Dewan Pemuda PAS Khairil Nizam Khirudin yang berharap agar kementerian menangani perkara ini untuk kebaikan rakyat.

Beliau berharap bahawa isu ini bukanlah yang dicipta kerajaan dalam mencari kesalahan pihak lain.

“MESTECC perlu lebih objektif, memandu industri, mendidik masyarakat dan mendokuskan usaha mencari penyelesaian untuk kebaikan rakyat.

“Ini bukan masa untuk bermain politik,” katanya.

Baru-baru ini rakyat meluahkan rasa kurang senang dengan peningkatan bil elektrik melalui media sosial.

Kenaikan luar biasa itu dikatakan hampir 50 peratus dan tinjauan di Facebook rasmi TNB juga mendapati ramai warga maya yang membuat aduan berkenaan ini. – NTHQiBord, 29 Mei 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.