TAK lama selepas bersembunyi tatkala berduka akibat kalah di PRK Cameron Highlands, dia tuduh kempen “Malu Apa Bossku” bertentangan dengan Rukun Negara dan kononnya menghalang misi transformasi negara sampai Datuk Seri Najib Razak ajak dia berdebat.

Mulanya, dia setuju tapi sehari selepas itu, dia juga jadi pengecut kerana batalkan debat itu atas alasan takut orang nampak macam Melayu lawan Cina, mungkin dia lupa dia pernah debat dengan pemimpin Melayu bernama Datuk Seri Nazri Aziz, pada 2011 kalau tak silap.

Bila dah kecut tak berani debat dengan bekas PM yang tidak lagi berkuasa, dia meroyan pula nak tubuhkan RCI untuk “Week of Long Knives Operation” dengan kaitkan Najib lagi, kononnya operasi itu menyerang prinsip demokrasi berperlembagaan.

Dia yang saya maksudkan ialah Lim Kit Siang atau LKS, individu yang ramai gelarkan sebagai political animal kerana tidak mempunyai prinsip perjuangan, rasis dan berpolitik untuk hancurkan negara, bukan nak majukan negara.

Sebenarnya, walaupun partinya dan pakatan yang dikawal DAP menang pada PRU14, LKS sudah ‘sakit’, menderita diserang rasa bersalah kerana khianati prinsip politik peribadi dan ahli-ahli partinya kerana kawan balik dengan Tun M yang dicaci, dicerca, dimaki, dihina dan tuduh macam-macam selama 50 tahun dalam berpolitik.

Mungkin ramai tak tahu, LKS terpaksa ‘berkawan’ dengan Tun M sebab itu sahajalah, pada ketika Anwar masih dalam penjara sebelum PRU14, adalah peluang yang ada untuk melepaskan anaknya dari hukuman ekoran kes banglo, bukan kerana Najib atau BN.

LKS kawan dengan Tun M walaupun tahu hampir semua ahli DAP tak suka Tun M tapi apa boleh buat, DAP milik dia dan dia sebagai diktator – maka tak siapa yang berani lawan cakap tokong besar.

Kini, akibat keterdesakan kawan dengan Tun M, tindakan itu memakan diri apabila harapan Datuk Seri Anwar menjadi PM makin tipis apabila wujud desakan yang kuat untuk Tun M menghabiskan sepenggal jadi PM, maknanya bukan jadi PM hanya 2 tahun dan lepas itu serah elok-elok pada Anwar.

LKS memang mahu Anwar jadi PM (nanti saya kongsikan kenapa), dia cukup takut kalau Anwar tak jadi PM, sampai dia sanggup ugut akan bersara kalau Tun M tak tunai janji.

Sebab itu, saya percaya, kalau dulu dia mabuk 4 tin setiap malam, sekarang pastinya dia tonggang 4 botol satu malam sebab nak ubati tekanan kekecewaan terkawan dengan Tun M untuk menang PRU14 sampai Anwar tak boleh jadi PM.

Semua dalam DAP tahu dia memang kaki mabuk, sampai orang kanannya, Miss F sendiri pernah mengadu pada saya – LKS tetap tak berhenti mabuk setiap malam walaupun selepas buat pembedahan buang ketumbuhan pada hujung tahun 2017.

Oleh itu, nasihat saya – jangan kita mudah sangat terpedaya dengan kata-kata nista manusia hiprokrit, kaki mabuk bernama Lim Kit Siang ini yang di usia senjanya dalam politik telah mencabul prinsip demokrasi kerana partinya, Developers Action Party (DAP) khianati pengundi apabila tak tunai janji manifesto dan menang PRU14 hasil fitnah, tipu helah.

Pada bulan Ramadhan ini, pada siang hari DAP akan pura-pura berlakon santuni orang Islam dengan bagi kurma, hantar pek makanan dan bagi cek derma sebesar pintu rumah sebab nak tunjuk tak rasis tapi di malam hari, DAP jadi rasis semula bila dah jumpa botol arak.

Kalau ahli parti sendiri pun kena tipu hidup-hidup, apatah lagi anda di luar sana yang tak pernah betul-betul kenal manusia bernama LKS ini.

AMRAN MOHD NOR,
Timbalan Pengerusi Gagasan 3 (G3)
Ahli DAP yang kena pecat, kenal LKS lagi lama dari YB Melayu DAP yang ada.

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan NTHQiBORD*

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.