APA lagi yang belum cukup menaikkan darah orang Melayu Islam?

Hak Melayu sudah mula dijentik. Kuota Bumiputera pun sudah digodek. Apatah lagi isu ICERD dan Statut Rom yang asyik diulang juang oleh puak-puak liberal.

Kali ini, agam Islam pula jadi sasaran. Padanlah ada seorang mufti dari utara pernah luah rasa bimbang Islam terancam bawah Pakatan Harapan. Ada asasnya kerisauan beliau itu.

Hari ini kecoh di media sosial apabila Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) nyaris mengeluarkan sampul raya yang mempunyai seolah-oleh imej babi yang tular di media sosial.

Mujurlah MPAG sendiri menyedari kesilapan cetakan itu dan pihak majlis telah menolak cetakan tersebut.

Kata mereka, ada pihak tidak bertanggungjawab telah menularkan cetakan yang silap tersebut di media sosial dan pihak majlis sudah memohon maaf atas kekhilafan yang berlaku.

Antara pengguna Facebook yang membahaskan isu itu adalah Sujita Soorian.

“Jagalah sensitiviti semua kaum di Malaysia. Kenapa Majlis Perbandaran Alor Gajah nak keluarkan sampul duit hari raya dengan muka babi?

“Siapa yang design (reka) dan adakah semakan design dibuat sebelum cetak? Jangan sekadar minta maaf hanya kerana isu ini menjadi viral. Investigate (siasat),” katanya.

Benar juga kata Sujita. Minta maaf saja tidak cukup. MPAG harus siasat perkara ini jika benar-benar mahu memastikan kesilapan yang sama tidak berulang.

Mungkin boleh minta Yang Berhormat Kau Kenal Aku Siapa Cari dalang isu ini memandangkan beliau merupakan ‘pejuang’ industri ternakan babi di Melaka. – 30 Mei 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.