KUALA LUMPUR: Seorang lagi saksi mengesahkan Datuk Seri Najib Razak tidak mengenakan sebarang tekanan bagi mendapatkan pinjaman bernilai berbilion ringgit untuk SRC International Sdn Bhd.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dimaklumkan perkara itu boleh bekas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP), Datuk Azian Mohd Noh pada perbicaraan kes penyelewengan SRC International.

Azian berkata beliau tidak pernah menganggap sokongan yang dinyatakan pada surat permohonan pinjaman SRC International sebagai satu arahan.

“Saya tidak menerimanya sebagai satu arahan,” katanya kepada mahkamah semalam.

“Ketika Najib menjadi Perdana Menteri, beliau bersetuju dengan usul tersebut, bermakna beliau bersetuju KWAP memberi pinjaman kepada SRC,” kata saksi ke-38 itu.

Beliau berkata semua staf KWAP dipertanggungjawabkan dengan kepercayaan untuk memenuhi tugas masing-masing memandangkan mereka terikat dengan peraturan perbadanan itu.

Seperti tiga saksi lain dari KWAP yang telah memberi keterangan pada perbicaraan itu, Azian mengulangi bahawa Panel Pelaburan tidak terikat dengan mana-mana pihak atau individu dalam membuat keputusan.

Di bawah Seksyen 14 (3) Akta Wang Persaraan 2007, mana-mana ahli Panel Pelaburan yang disyaki membuat keputusan atas pengaruh luar akan didakwa atas tuduhan jenayah.

Jika didapati bersalah, denda maksimum RM juta atau penjara maksimum 10 tahun, atau kedua-duanya sekali boleh dikenakan.

KWAP juga mengamalkan dasar terbuka kepada mana-mana stafnya untuk mengemukakan aduan kepada pihak berkuasa jika mereka tidak bersetuju dengan keputusan yang dibuat oleh pengurusan.

Dalam kes pinjaman SRC, tiada aduan dikemukakan.

SRC International mengemukakan permohonan pinjaman pada 3 Jun 2011 apabila Najib yang ketika itu Perdana Menteri dan Menteri Kewangan 1, menyatakan sokongan kepada surat permohonan itu pada 5 Jun 2011 untuk dipertimbangkan oleh KWAP.

Sebelum ini saksi ke-18 kes perbicaraan SRC International, Amirul Imran Ahmat berkata permohonan oleh anak syarikat 1MDB itu dibuat secara tergesa-gesa dan menerima tekanan.

Perjanjian pinjaman RM2 bilion KWAP-SRC ikut sistem kewangan Islam

Amirul ketika itu bertugas sebagai Pembantu kepada Naib Presiden KWAP Allahyarham Ahmad Norhisham Hassan.

Bagaimanapun rekod prosedur pinjaman menunjukkan KWAP tidak
serta-merta meluluskan permohonan syarikat SRC International untuk
mendapatkan pinjaman sebanyak RM3.95 bilion.

Segala permohonan yang dikemukakan SRC International melalui prosedur dan proses yang ditetapkan oleh KWAP menerusi empat mesyuarat yang diadakan oleh Panel Pelaburan perbadanan itu.

Seorang lagi saksi dari KWAP, Timbalan Ketua Pengarah Unit Perancangan Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Kamariah Noruddin juga mengesahkan Najib tidak salahguna kuasa untuk mengeluarkan arahan bagi meluluskan pinjaman tersebut.

Saksi akui Najib minta saranan, bukan beri arahan

Saksi ke-35, Naib Presiden Jabatan Perundangan dan Kesetiausahaan KWAP, Azlida Mazni Arshad, juga mengakui Najib tidak pernah memberi tekanan kepada KWAP untuk memastikan pinjaman kepada SRC International diluluskan.

Najib tidak guna kuasa luluskan pinjaman SRC International

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.