TURKI telah membebaskan Serkan Golge, seorang saintis NASA yang memegang dua kerakyatan iaitu AS-Turki selepas hampir tiga tahun ditahan. Penahanannya dikatan telah memburuk hubungan antara negara anggota NATO.

“Kami mengalu-alukan berita bahawa Serkan Golge telah dibebaskan dari penjara hari ini,” kata jurucakap Jabatan Negara, Morgan Ortagus kepada pemberita.

“Kami akan terus mengikuti kes Golge kerana kesnya turut melibatkan pekerja tempatan”, kata pihak berkuasa Turki.

Ortagus menggesa Turki untuk memastikan bahawa “dia boleh pulang secepat mungkin.”

Golge ditahan pada bulan Julai 2016 semasa lawatan ke kota kelahirannya Ankara yang ketika itu tegang selepas Fethullah Gulen, pemimpin agama dalam buangan didakwa terlibat dalam cubaan rampasan kuasa.

Golge dijatuhi hukuman penjara pada 2018, selama tujuh setengah tahun kerana menjadi anggota organisasi “pengganas” bersenjata walaupun dibantah Washington bahawa dia telah disabitkan tanpa bukti yang boleh dipercayai.

Bulan lepas, dua senator AS memperkenalkan undang-undang yang mengenakan sekatan ke atas pegawai Turki yang terlibat terhadap penahanan rakyat Amerika Syarikat dan kakitangan konsulat di Turki.

Turki pada bulan Oktober juga membebaskan seorang pastor Amerika, Andrew Brunson, yang terkenal sebagai pengikut Kristen Konservatif Presiden Donald Trump.

Pihak berkuasa telah melancarkan operasi terhadap pengikut Gulen, setelah percubaan kudeta pada malam 15 Julai 2016.

Gulen telah menjalani hukuman buang negara di Pennsylvania sejak tahun 1999, dan dia menafikan tuduhan dia dalang di sebalik cubaan rampasan kuasa.

Lebih 77,000 orang telah dipenjara sementara menunggu perbicaraan, manakala kira-kira 150,000 kakitangan awam, anggota tentera dan lain-lain telah dipecat atau digantung daripada pekerjaan mereka sebagai sebahagian daripada pembersihan pasca-rampasan kuasa.

Kumpulan hak asasi dan sekutu Barat Turki telah menyuarakan kebimbangan terhadap tindakan tegas itu, mengatakan Presiden Recep Tayyip Erdogan telah menggunakan alasan percubaan kudeta yang gagal sebagai sebab untuk menahan musuh politiknya.

Kerajaan Turki memberitahu langkah-langkah keselamatan perlu dilakukan dalam menghadapi ancaman dalam negara. – 30 Mei 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.