SIASATAN kes ugutan Pengerusi DAP Jerantut, Loo Why Leong terhadap Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan Mazlan Hassan sudah selasai.

Demikian dinyatakan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Datuk Othman Nanyan dan kertas siasatan itu sudah diserahkan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) dan pihaknya masih menunggu arahan selanjutnya.

“Kertas siasatan sudah siap dan dihantar untuk rujukan mereka (TPR) dan memandangkan kes ini membabitkan ahli politik serta boleh dikatakan mempunyai kepentingan awam, jadi ia (kertas siasatan) dirujuk ke Putrajaya.

“Keputusan untuk mendakwa pemimpin itu (Why Leong) terletak di tangan mereka (TPR) dan kita sudah melakukan siasatan serta menyerahkan kepada mereka untuk tindakan selanjutnya,” katanya yang mewakili Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Zakaria Ahmad pada Majlis Pelancaran Op Selamat 15/2019 di Stesen Minyak Shell, Jalan Pintasan Kuantan-Pelabuhan.

Pada 19 Mei lalu, Why Leong ditahan bagi membantu siasatan kes penjualan minuman keras tanpa lesen di Jerantut.

Akibat tidak puas hati dengan perkara itu pemimpin DAP itu menghantar pesanan berbaur ugutan melalui aplikasi WhatsApp kepada Superintendan Mazlan Hassan.

Mazlan kemudiannya membuat laporan polis.

Why Leong dibebaskan dengan jaminan polis sebaik proses merekodkan keterangan selesai, lewat petang hari sama.

Turut hadir dalam Majlis Pelancaran Op Selamat termasuklah, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPKK) Pahang, Datuk Abdul Aziz Salleh; Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Superintendan Kamarulzaman Jusoh dan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri, Mohamad Abdullah.

Sikap pemimpin DAP-PH yang tidak menghormati penjawat awam ini bukanlah kes pertama. Ketika PRK Rantau tempoh hari, penyokong mereka turut menunjukkan sikap tidak hormat kepada polis yang sedang bertugas.

Jika ini berterusan, tidak mustahil suatu masa nanti samseng akan lebih berkuasa daripada polis kerana mengambil peluang bernaung dibawah bendera politik.

Rakyat juga berharap pihak pendakwa raya (TTR) tidak memilih bulu dalam menyiasat dan menjatuhkan hukuman. Jika ini gagal dilakukan bermakna DAP-PH gagal menjadi kerajaan yang lebih baik daripada BN. – 30 Mei 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.