MALAYSIA bukan lagi negara Islam?

Bunyinya kasar tetapi jika ditatapi secara mendalam, mungkin ada benarnya negara kita yang kini dijajah oleh Bangsa DAP peduli lagi tentang Islam.

Tak perlu pergi jauh. Cukuplah lihat di sekeliling anda. Apa yang anda lihat?

Kosong macam hari-hari biasa. Tidak seperti di zaman pemerintahan kerajaan sebelum ini.

Apa yang kosong?

Tiada hiasan atau suasana untuk menyambut ketibaan Aidilfitri. Jika ada pun, sekadar tangkap muat atau sekadar ada saja.

Tidak seperti kebiasaannya jika kurang dua minggu sebelum ketibaan Aidilfitri, pastinya sudah terasa bahang untuk beraya dengan hiasan ketupat, lampu kelip-kelip dan iklan-iklan raya yang rancak tidak kira di televisyen atau skrin iklan di jalanan.

Tapi tahun ini terasa sangat hambarnya. Terasa seperti tinggal di sebuah negara yang minoritinya orang Islam.

Seolah-olah sambutan Aidilfitri itu disambut dalam kalangan masyarakat setempat sahaja, bukannya di seluruh negara.

Adakah perayaan membabitkan Islam sudah dipinggirkan oleh golongan bukan Islam di negara ini?

Kenapa tauke-tauke pasar raya atau syarikat besar tidak mahu mengeluarkan belanja untuk sama-sama meraikan Aidilfitri atas semangat perpaduan dan kepelbagaian agama di Malaysia?

Jika dibandingkan dengan sambutan Krismas, persiapan dibuat lebih awal dan rapi seolah-olah Malaysia ini dituruni salji.

Begitu juga dengan sambutan Tahun Baharu Cina.

Warna merah saja boleh dilihat di kiri dan kanan jalan jika anda bersiar di Kuala Lumpur. Begitu juga dengan hiasan di pusat beli belah yang begitu meriah berbanding Aidilfitri.

Iklan di televisyen juga kurang menyelerakan dan langsung tidak menghidupkan suasana menyambut Aidilfitri.

Andai menyatakan ekonomi negara kurang baik, kenapa semasa sambutan Krismas dan Tahun Baru Cina boleh disambut dengan meriah tetapi tidak pula untuk Aidilfitri?

Memang Islam mengajar kita untuk bersederhana, tetapi sebagai sebuah negara yang majoritinya beragama Islam, tidak salah kita hidupkan suasana untuk menyambut hari kemenangan yang ditunggu-tunggu selepas sebulan berpuasa menahan nafsu.

Paling penting adalah semangat meraikan kepelbagaian agama yang telah diamalkan sejak dulu lagi bagi menunjukkan toleransi dan perpaduan yang kukuh di negara kita.

Jadi jangan biarkan cahaya pelita Aidilfitri ini terpadam kerana sifat pentingkan kaum sendiri dan tidak bertoleransi dengan agama lain. – NTHQiBord, 31 Mei 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.