SEMALAM Tun Mahathir Mohamad sudah mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan membenarkan Lynas (Malaysia) Sdn Bhd (Lynas) untuk meneruskan operasi mereka.

Malah perdana menteri sendiri mengakui bahawa kerajaan tidak mahu kehilangan pelaburan besar daripada Australia itu.

Perkara ini semestinya memberi kejutan kepada pemimpin yang membantah operasi daripada kilang ini.

Malah mereka ini ketika menjadi pembangkang bukan main lagi kononnya mengatakan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) ini dahulunya tidak menjaga kebajikan rakyat.

Malah mempertikai bagaimana kerajaan boleh membenarkan syarikat yang mencemarkan alam sekitar untuk beroperasi.

Alih-alih kerajaan baharu ini pun sama juga ketetapannya, hendak teruskan juga. Jadi maknanya, kerajaan PH ini pun tidak prihatin dengan keadaan rakyat ke?

Makna kerajaan sekarang ini pun benarkan pencemaran berlaku juga?

Sementara itu, kerajaan negeri Pahang turut menyambut baik tindakan pentadbiran pusat yang meneruskan operasi syarikat berkenaan.

Merujuk kepada pengerusi jawatankuasa pelancongan alam sekitar dan perladangan negeri, tindakan ini menunjukkan bawah perkara yang dibangkitkan oleh PH ketika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) adalah tidak relevan.

Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin malah berkata perkara ini dijadikan strategi politik kepada pihak tertentu yang mengambil kesempatan terhadap apa yang berlaku.

Tambahnya lagi, sedangkan kerajaan terdahulu sudah melakukan yang terbaik kepada rakyat.

Pihak yang memberi tanggapan negatif berkenaan ini perlu melihat kembali keputusan yang diberikan oleh perdana menteri.

“Ini jelas menunjukkan bahawa isu Lynas yang dibangkitkan beberapa pihak sebelum ini khususnya sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) merupakan gambaran salah untuk menipu rakyat bagi memenangi pilihan raya.

“Bila mereka menang kini terbukti apa mereka katakan sebelum ini adalah salah, keputusan yang dilakukan Perdana Menteri bukan suka-suka tetapi berdasarkan fakta,” katanya.

Namun yang jelas, kerajaan BN sejak dahulu lagi menyedari bahawa perkara ini memberikan impak positif kepada negara dengan menggalakkan pelaburan langsung asing (FDI).

Akan tetapi, disebabkan ada individu yang tidak faham dengan perkara ini lalu disebarkan propaganda yang tidak betul. – NTHQiBord, 31 Mei 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.