TEGURAN Tun Daim Zainuddin terus mendapat respon positif daripada menteri Pakatan Harapan.

Semalam, penasihat kerajaan itu menegur menteri tidak bijak berkomunikasi sehingga menjadi punca kejatuhan ringgit.

Sehubungan itu, Menteri Beliau dan Sukan Saddiq Syed Abdul Rahman meminta agar semua menteri bermuhasabah diri dengan teguran Tun Daim.

Katanya, semua menteri termasuknya untuk perbaiki prestasi dalam memberi khidmat kepada rakyat.

“Kita perlu sentiasa ambil teguran secara serius dan semua perlu muhasabah kerana tidak ada seorang bebas lakukan kesilapan.

“Ini termasuk diri saya , teguran akan diambil secara serius,” katanya mengulas teguran Tun Daim.

Tun Daim dalam nasihatnya meminta menteri Kabinet untuk berbincang terlebih dahulu dengan setiausaha akhbar masing-masing sebelum mengeluarkan kenyataan.

Tun Daim juga berkata orang ramai semakin takut terhadap notis cukai pendapatan yang dihantar kepada mereka menyebabkan mereka takut berbelanja.

Ini bukan kali pertama beliau memberikan nasihat kepada Kabinet PH apabila pada Januari, Tun Daim menasihati menteri untuk tidak bertengkar sesama sendiri secara umum kerana ini akan membuatkan rakyat kecewa dengan kerajaan.

Pada Mac beliau berkata, menteri tidak cukup menerangkan dasar kerajaan kepada rakyat. – 30 Mei 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.