AHLI politik daripada Pakatan Harapan ini memang tidak boleh lari daripada tabiat mereka yang suka buat u-turn.

Wabak u-turn ini sudah mula berjangkit ke ahli Parlimen walaupun pada mulanya dicetuskan oleh pemimpin atasan.

Terbaru, wabak u-turn sudah merebak ke Pahang sehingga menyebabkan Ahli Parlimen Bentong, Wong Teck dari DAP menjadi mangsa terbaru.

Siapa tak kenal Wong Tack? Dia lah dulu paling lantang macam singa membantah operasi  Lynas Corporation Ltd. (Lynas) sampai kena penjara dan denda.

Katanya pentadbiran lama ini tidak prihatin dengan keadaan rakyat kerana membiarkan syarikat dari Australia itu terus beroperasi dan memberi kesan buruk kepada masyarakat setempat.

Kononnya penduduk di sana akan berisiko dengan kerosakan harta benda dan mencemarkan alam sekitar, sekali gus mendesak kerajaan menutup operasi kilang itu.

Tapi seganas-ganas singa ini, akhirnya buat u-turn juga seperti kucing apabila Perdana Menteri Tun Dr Mahathir semalam mengumumkan bahawa kerajaan membenarkan syarikat pemprosesan nadir bumi milik Australia itu untuk terus beroperasi.

Pengumuman Tun Mahathir itu dibuat beberapa hari selepas Wong Tack sempat melancarkan ‘serangan’ terakhir terhadap Lynas sebelum keputusan untuk meneruskan operasi kilang itu dibuat.

Nada ahli Parlimen Bangsa DAP itu berubah selepas pengumuman tersebut.Tidak garang lagi macam dulu. Kali ini lebih lembut dan formal.

Katanya, syarikat itu perlu mematuhi undang-undang yang termaktub di negara ini.

Kenapa berubah nada? Tidak beranikah Wong Tack melawan keputusan Tun Mahathir?

Jadi adakah selama ini syarikat itu tidak patuh kepada undang-undang dan kenapa kerajaan masih benarkan mereka beroperasi jika melanggar peraturan?

Atau memang sebenarnya tiada isu yang timbul daripada operasi Lynas ini dan hanya rekaan Wong Tack dan rakan-rakan seperjuangannya untuk memburukkan kerajaan lama?

Tun Mahathir juga mengakui operasi Lynas membawa pelaburan yang besar kepada Malaysia, sama seperti diulangi oleh pemimpin Barisan Nasional sebelum ini.

Jadi memang sah Wong Tack dan rakan-rakannya menipu dan menghasut rakyat bawah operasi kilang Lynas itu membahayakan penduduk setempat.

Kononnya dia akan menutup kilang tersebut jika Pakatan Harapan menang pada PRU14. Tapi hakikatnya, satu lagi gula-gula manis ditaburkan.

Agaknya berapa ramai penduduk Bentong dan Kuantan yang termakan gula-gula Wong Tack ini pada PRU14? – NTHQiBord, 31 Mei 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.