KEADAAN ekonomi negara yang tidak menentukan ini menyebabkan ramai dalam kalangan masyarakat yang mengambil peluang untuk berniaga.

Apatah lagi, sambutan Hari Raya Aidilfitri bakal disambut oleh masyarakat terutama yang beragama Islam.

Oleh itu, sempena bulan Ramadan ini mereka mengambil inisiatif untuk menambahkan pendapatan dengan berniaga.

Namun langit tidak selalunya cerah, kerana bidang perniagaan ini berdepan dengan banyak risiko, terutama sekali apabila berhadapan dengan pihak berkuasa yang tidak berhati perut.

Pihak kami berkesempatan melakukan tinjauan di Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR).

Kebetulan pada waktu itu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedang melakukan operasi memunggah barangan perniagaan.

Ada juga barangan yang dirampas, antara yang sempat dilihat adalah alatan seperti payung.

Pihak kami berkesempatan menyoal dengan lebih lanjut seorang peniaga yang barangannya dipunggah oleh DBKL.

Lelaki terbabit menjalankan perniagaan foodtruck yang menjual keropok lekor.

Beliau yang enggan namanya didedahkan berkata, beberapa hari sebelum kejadian rampasan dia ada melihat kunjungan daripada beberapa orang pihak atasan DBKL.

“Orang DBKL datang dalam anggaran pukul satu pagi… mereka macam pihak atasan,” katanya.

Mereka pada waktu itu , tidak memberi sebarang teguran kepada peniaga mengenai peraturan atau sebagainya, ujarnya.

Jadi dia mengandaikan bahawa dirinya tidak melanggar syarat-syarat daripada pihak DBKL.

Peniaga berkenaan memaklumkan kepada pihak kami bahawa dia ada menyambung papan pada bahagian foodtrucknya itu.

Tujuannya untuk meletakkan bekas balang air untuk jualan.

Namun pada operasi itu, pegawai DBKL kira-kiran 20 orang telah datang dan melakukan pemunggahan dan rampasan.

“Kalau daripada awal bos DBKL maklumkan pada saya…saya tidak akan pasang.

“Semalam datang tengok , tidak ada masalah apa pun,” ujarnya.

Peniaga berkenaan turut memaklumkan bahawa, di Jalan TAR mereka hanya dibenarkan menjalankan perniagaan foodtruck.

Sementara itu, dia turut melahirkan rasa terkilan dengan tindakan agresif yang dilakukan oleh kerajaan menerusi DBKL yang menghalang perniaga mencari rezeki.

Tambahnya, pada waktu inilah golongan sepertinya mencari duit lebih memandangkan hari raya aidilfitri lagi beberapa hari.

Berikut merupakan sedutan video yang sempat kami rakamkan.- NTHQiBord, 1 Jun 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.