MENTERI Agama Datuk Seri Mujahid Yusuf Rawa menyifatkan mereka yang memperbesarkan isu berbuka di kuil sebagai golongan berfikiran sempit dan perkauman.

Mujahid menasihatkan umat Islam di Malaysia agar tidak fobia dengan sebarang penganjuran majlis di rumah ibadat agama lain kerana ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam.

Katanya, majlis berbuka puasa anjuran Anggota Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd Nasir di Gudwara Shaib pada Selasa lepas tidak sepatutnya menjadi isu kerana tujuan utama penganjuran adalah untuk merapatkan hubungan antara masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.

Mujahid berkata, Islam tidak pernah menghalang mana-mana pihak berlainan agama untuk datang dan memasuki masjid selagi mereka tidak melakukan perkara bertentangan seperti menghina.

“Majlis itu diadakan di kawasan dewan dan bukannya dibuat di dalam tempat ibadat itu.

“Ini bukan isu yang perlu diperbesarkan, hanya sesetengah pihak sahaja yang mensensasikan isu agama, pemikiran sempit dan perkauman. Ini dibimbangi akan mewujudkan Islamofobia,” katanya.

Sebelum ini orang Islam mengecam tindakan Akmal menganjurkan majlis itu kerana tidak peka dengan sensitiviti orang Islam.

Mereka menyarankan ahli Parlimen PKR itu mengadakan di lokasi lain seperti di masjid, surau, rumah anak yatim dan banyak lagi.

Malah netizen menyifatkan tindakan Akmal itu sekadar mencari perhatian yang tidak perlu dan mencetuskan polemik yang tidak sepatutnya. – 1 Jun 2019.

3 COMMENTS

  1. Solat eidul fitri pgi rabu ni wat d laman kovel dan tokong la bagus. Smua depa non muslim ikut gak solat mendangar khutbah d belakang ..

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.