HARI ini tular video yang menunjukkan seorang lelaki Cina yang berdegil menghalang tugas anggota penguatkuasa daripada menarik keretanya.

Video yang berdurasi 5 minit 19 saat itu menunjukkan beberapa orang penguatkuasa sebuah majlis tempatan sedang memasang alat kapit untuk menarik kereta berkenaan untuk dibawa ke depoh.

Dalam usaha menahan penguatkuasa itu, pemilik kenderaan terbabit menyatakan dia mahu membayarnya. Namun permintaan itu ditolak.

Sementara itu, kedengaran suara seorang wanita yang menyatakan bahawa lelaki tersebut seorang peguam.

Berlaku sedikit pergelutan kerana beberapa orang penguatkuasa cuba menjauhkan lelaki terbabit daripada kereta sementara seorang pegawai kereta tunda menyiapkan pemasangan alat untuk menunda kenderaan.

Akhirnya, lelaki terbabit mengalah dan dia diminta mengambil kenderaannya di depoh dan menyelesaikan sebarang bayaran dan denda di sana.

Lokasi kejadian tidak dapat dipastikan kerana logo penguatkuasa tidak dapat dilihat dengan jelas.

Ketegasan penguatkuasa ini wajar dipuji kerana sebahagian pengguna mengambil kesempatan dengan meletak kenderaan sesuka hati dan menyusahkan pengguna lain. – 1 Jun 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.