CUKUP mudah pejuang tegar anti-Lynas, Fuziah Salleh melupakan ikrar perjuangannya selama bertahun-tahun untuk menutup kilang pemprosesan nadir bumi di Gebeng, Kuantan yang didakwa boleh menyebabkan penduduk sekitar menjadi ‘mutant’.

Ini semua salah kerajaan Barisan Nasional (BN).

Kata Zuraida, kerajaan Pakatan Harapan (PH) terpaksa menanggung beban tinggal BN yang menggadai keselamatan rakyat.

Malah PH juga perlu betulkan kesilapan BN yang didakwa hanya mementingkan keuntungan kerana benarkan Lynas terus beroperasi.

Tidakkah alasannya itu menampakkan kebodohan sendiri?

Jika benar Lynas itu berbahaya, jadi kenapa PH terus benarkan operasinya?

Jangan malu mengaku bahawa Lynas sebenarnya satu pelaburan yang menguntungkan buat negara seperti dikatakan oleh Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad.

Ternyata kenyataan Fuziah hanya membuka pekungnya sendiri kerana menipu selama bertahun-tahun kononnya operasi Lynas membahayakan nyawa rakyat.

Malah tindakannya menghasut rakyat agar membenci kerajaan BN kerana meneruskan operasi Lynas juga memakan diri dan sangat memalukan.

Jadi sudah tiba masanya penduduk Kuantan berfikir semula apa yang telah dilakukan Fuziah selama ini.

Beliau hanya memutar kisah dongeng kepada rakyat tentang bahaya kilang Lynas sedangkan segala hasutannya tidak benar.

Jadi masih mahukah penduduk Kuantan mengundi Fuziah? – NTHQiBord, 1 Jun 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.