Delivered As Promised atau dalam bahasa Melayunya, Janji Ditepati.

Itu kata-kata Nga Kor Ming ketika memuat naik status Facebook aksinya yang penuh bergaya merasmikan Lebuh Raya Persisiran Barat (WCE) baru-baru ini.

Katanya lagi dalam Facebook, lebih banyak perkara menggembirakan akan berlaku hasil projek lebuh raya itu.

Adakah Ahli Parlimen Teluk Intan itu sudah lupa atau memang muka tak tahu malu?

Lupakah beliau bahawa projek lebuh raya itu merupakan usaha kerajaan Barisan Nasional (BN).

Bila masa pula beliau berjanji kepada rakyat untuk menyiapkan projek itu?

Bukankah janji beliau yang sebenarnya mahu menghapuskan tol?

Lebih tak tahu malu lagi, Kor Ming boleh gunakan slogan BN ‘Janji Ditepati’ yang sering dilaungkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Sebegitu mudah Bangsa DAP ini menuding jari kepada kerajaan lama jika gagal menangani satu-satu isu.

Tapi dengan tanpa bersalah mengambil kredit atas usaha baik yang telah ditinggalkan BN.

Itulah sikap sebenar Bangsa DAP. Malu apa Kor Ming. – NTHQiBord 1 Jun 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.