NAMPAKNYA Parti Amanah Negara (PAN) sudah semakin cekap berbohong dan memfitnah seperti rakan sebantalnya, DAP.

Lebih dahsyat lagi, PAN berani membuat fitnah pada bulan Ramadan yang suci ini.

Baru-baru ini, individu bernama Abdullah Zawawi Ibnu Wahab yang dipercayai setiausaha PAN Kelantan memuat naik gambar yang menunjukkan masalah air yang kronik di negeri itu menerusi laman Facebook miliknya.

“This is Kelantan. Selamat mandi air ajaib ni wahai perantau… Sudah suratan takdir kan ust Wan Lukman Ws,” tulis Abdullah.

Tapi sebenarnya gambar itu bukanlah berlaku di Kelantan, tetapi di Thailand.

Selepas penipuannya terbongkar, Abdullah kemudiannya memadamkan gambar itu, tetapi netizen sempat menangkap layar status itu.

Ekoran itu, Dewan Pemuda PAS Kelantan (DPPNK) mengecam persepsi jahat PAN yang cuba memburuk-burukkan imej Kelantan.

Menurut DPPNK pemilik akaun itu juga pegawai khas kepada Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Datuk Husam Musa.

“Pegawai khas kepada pengerusi sebuah agensi kerajaan pusat itu sengaja mewujudkan persepsi jahat yang cuba dikaitkan kerajaan negeri Kelantan dengan melampirkan beberapa gambar di Facebooknya.

“Benar Kelantan mengalami masalah air di beberapa kawasan namun perlu disedari masalah serupa juga dihadapi negeri-negeri lain.

“Adalah suatu yang amat dikesali apabila tuduhan dan fitnah yang dilemparkan tatkala umat Islam di seluruh dunia sedang berlumba-lumba memperbanyakkan amalan pada 10 hari terakhir di bulan Ramadhan yang mulia ini,” kata Ketua Penerangan DPPNK, Razuan Awang Hamad. – 2 Jun 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.