KERAJAAN Pakatan Harapan (PH) perlu mengenakan hukuman lebih berat terhadap pihak yang mengganggu dan menghalang tugas penjawat awam, gesa Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Dato’ Azwanddin Hamzah.

Gesaan itu disuarakan susulan beberapa insiden yang membabitkan tindakan kurang ajar segelintir individu menghalang tugas penguatkuasa Pihak Berkuasa Tempatan dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Terbaharu, seorang lelaki peguam Cina berdegil menghalang anggota PBT menjalankan tugas untuk menarik keretanya yang diletakkan di tempat yang tidak sepatutnya.

“Tindakan pihak anggota penguatkuasa PBT ini adalah tepat kerana mereka menjalankan tanggungjawab mereka dan rakyat juga perlu sedar bahawa undang undang perlu di hormati.

“Namun jika kita teliti dan kaji, di dalam kes ini orang Cina itu dilihat cuba mencabar penjawat awam tersebut yang berbangsa Melayu.

“Seolah-olah kerana mereka berbangsa Melayu, orang Cina itu dengan semahunya dan sekerasnya menunjukkan sikap yang amat biadap,” tegasnya.

Selain itu, Azwanddin yang juga Pengerusi Gagasan Tiga (G3) turut berasa kesal dengan insiden kematian seorang anggota polis akibat dirempuh seorang penunggang motosikal berbangsa India ketika mangsa sedang menjalankan tugasnya di Tampoi, Johor.

Beliau berkata, anggota polis itu terkorban ketika menjalankan tanggungjawab bagi mengelakkan kejadian jenayah dalam kalangan masyarakat.

Azwanddin mempersoalkan sama ada kematian beliau sebagai anggota polis dan penjawat awam berbaloi dan diadili dengan baik.

“Apakah kematian itu di anggap wira apatah lagi meninggal dunia akibat dilanggar oleh penunggang berbangsa India?

“Pokoknya kedua dua kes ini melihatkan sikap tidak menghormati penjawat awam oleh bangsa bukan Melayu semakin melampau.

“Tindakan undang undang yang lebih keras harus dikenakan terhadap mereka yang menghalang penjawat awam selain dapat melindungi keselamatan dan kuasa penjawat awam yang kebanyakkannya daripada bangsa Melayu,” katanya. – 2 Jun 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.