Petikan Manifesto PH berbunyi begini:

Kerajaan Pakatan Harapan akan mengkaji semula semua perjanjian konsesi lebuhraya.
Kami akan berunding untuk mendapatkan harga yang terbaik untuk mengambil alih setiap konsesi tol dengan matlamat akhir untuk menghapuskan kutipan tol secara berperingkat.

Kami percaya bahawa penyediaan infrastruktur asas seperti jalanraya dan
lebuhraya adalah tanggungjawab kerajaan untuk rakyat.

Kerajaan Pakatan Harapan akan mengambil alih konsesi dengan pampasan yang adil
kepada syarikat berkaitan.

Betul ke Pakatan Harapan? Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE), West Coast Expressway sudah pun dibuka dalam Kerajaan Pakatan Harapan.

Laluan dari Hutan Melintang ke Teluk Intan sepanjang 19 kilometer tersebut adalah sebahagian dari Lebuhraya WCE yang di bina sejauh 233 km merentasi Selangor dan Perak.

Ia bermula dari Jalan Banting – KLIA (B18) Selangor hingga Persimpangan Bertingkat Tanjong Karang sepanjang 93.8km manakala di Perak bermula dari Jalan Persekutuan (FR5) di Hutan Melintang ke Plaza Tol Changkat Jering sepanjang 139.2km.

Bagi jajaran Lebuhraya WCE di Perak mempunyai empat Seksyen iaitu Seksyen 8 (persimpangan Hutan Melintang-Teluk Intan), Seksyen 9 (persimpangan Lekir-Changkat Cermin), Seksyen 10 (persimpangan Changkat Cermin-Beruas) dan Seksyen 11 (persimpangan Beruas-Taiping Selatan).

Jadi, sekiranya Kerajaan berjiwa rakyat dan berpengang kuat dalam prinsip, kenapa masih mengamalkan kutipan tol? Bukan kah Pakatan Harapan sentiasa menyalahkan BN kerana konsesi tol ini mahal dan tidak adil?

Jadi jika BN buat Haram, PH buat jadi halal pulak?

Adakah soalan saya berunsur fitnah atau cerita palsu?

Kenapa penyokong Tegar PH dulu melompat dari bumi ke langit menyalahkan BN, kini terus berdiam dengan perbuatan PH?

Mana akal? Lutut? Kalau hidup tanpa prinsip, baik mati terus!

Subash Chandrabose Arumugam Pillai,

Setiausaha Penerangan MIC Kebangsaan.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.