KIRA-KIRA lima orang maut dan sepuluh orang cedera akibat daripada bom yang meletup, lapor agensi berita Xinhua.

Insiden itu dikatakan menyasarkan kepada bas, yang ketika melalui jalan yang sibuk iaitu di sebelah barat Afghanistan, Kabul pada hari Isnin, memetik seorang saksi.

“Kami mendengar letupan besar pukul 1.30 petang (waktu tempatan) di sepanjang jalan Darul Aman berhampiran bangunan Parlimen negara,” kata saksi Mohammad Mustafa.

Sementara itu wakil kementerian menyatakan maklumat mangsa akan dimaklumkan kepada media kelak.

“Bas yang disasarkan membawa pekerja kerajaan, letupan itu telah menyebabkan mangsa dan butiran akan dikongsi dengan media tidak lama lagi,” kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri Nasrat Rahimi kepada media tempatan.

Rahimi berkata ledakan itu disebabkan oleh bom melekat pada kenderaan itu.

Setakat ini tiada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab ke atas kejadian terbabit.

Sejak beberapa bulan yang lalu, Afghanistan, khususnya Kabul telah menyaksikan gelombang serangan pengganas oleh pemberontak Taliban dan Daesh yang merupakan penentang kerajaan.

Pada hari Ahad lalu, dua orang awam terbunuh dan 24 orang cedera selepas tiga letupan menyasarkan bas pelajar dan polis di barat Kabul. – 3 Jun 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.