SATU lagi usaha memartabatkan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) cuba dilaksanakan di bawah pemerintahan rejim Pakatan Harapan (PH).

Beberapa aktivitis transgender dari luar negara termasuk Sri Lanka dan Amerika Syarikat (AS) dijemput menghadiri satu persidangan dikenali sebagai ‘Gender & Seksualiti Antarabangsa’ di Kuala Lumpur pada Oktober ini.

Antaranya termasuk aktivis transgender, Bhoomi Harendran dari Sri Lanka dan Jessica Lynn dari AS.

Agenda persidangan itu disiarkan menerusi laman web genderconference.com yang menyatakan tarikh aktiviti itu berlangsung pada 3 dan 4 Oktober depan.

Aktiviti itu juga merupakan persidangan antarabangsa yang kedua dan antara topik yang akan dibentangkan adalah berkenaan hak-hak LGBT.

Lokasi dan penganjur sebenar akvititi itu tidak dapat dipastikan tetapi berdasarkan maklumat dalam laman web itu, ia beroperasi dari Sri Lanka.

Perkara ini didedahkan oleh Perikatan Wanita Antarabangsa untuk Institusi Keluarga dan Pendidikan Berkualiti (WAFIQ) yang mempersoalkan pihak berkuasa masih belum bertindak membatalkan persidangan itu.

Pengerusinya, Profesor Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar berkata persidangan itu tidak mempunyai rakan kolaborasi dari Malaysia dan tidak menampilkan pembentang dari negara ini.

“Aktiviti ini jelas mempromosikan LGBT di Malaysia dan bertentangan dengan ajaran Islam dan agama lain di Malaysia selain bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Ia juga bertentangan dengan kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang sebelum ini menegaskan LGBT tidak akan diterima di Malaysia,” katanya.

Jadi pihak berkuasa Malaysia akan terus berdiam diri?

Mereka harus bertindak tegas bagi memastikan agenda songsang ini tidak diteruskan, lebih-lebih lagi aktiviti ini dianjurkan oleh pihak asing. – 3 Jun 2019.

1 COMMENT

  1. PM Mahathir Mohamad mesti jangan benarkan agenda songsang menceburi negara Malaysia kita.
    Tuhan mesti sudah pasti akan turunkan hukuman bala petaka atas negara kita, Malaysia.
    PM Mahathir Mohamad mesti ketahui apa terjadi kepada negara Indonesia baru2 ini. Terkorban telah ramai rakyat Indonesia kerana ramai percaya Tuhan marah perlibatan perbuatan2 songsang di negara itu
    Sebelum terlambat kita mesti ikut perintah Tuhan dan jangan buat perbuatan yang di keji dan di larang oleh Tuhan.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.