BETUL kata Dr. Maszlee Malik.

Menteri yang bodoh lahir dari pengundi yang bodoh.

Pada 31 Mei hingga 2 Jun lalu berlangsung persidangan 18th IISS Asia Security Summit Shangri-La Dialogue di Singapura yang dihadiri Menteri Pertahanan Mohamad Sabu.

Yang menarik perhatian rakyat Malaysia khususnya netizen ialah ucapan Mohamad Sabu dalam dialog tersebut.

Mohamad dilihat gagal berucap dengan bahasa Inggeris dengan baik dan disifatkan bertutur “broken English”. Kegagalan ini dilihat sebagai sesuatu yang memalukan Malaysia di peringkat antarabangsa.

Sehinggkan ada netizen yang menyifatkan “You are now a Wellknown Joker throughout the world!… We are so ‘proud’ of you… Congratulations!”

Tidak kurang juga mencadangkan beliau mengambil kelas bahasa Inggeris.

Hakikatnya, jika tidak fasih berbahasa Inggeris, Mohamad boleh sahaja menggunakan Bahasa Melayu sama ada dalam ucapan mahupun ketika sesi soal jawab.

Itu lebih baik daripada bertutur dalam bahasa Inggeris yang tidak menepati piawaian yang sepatutnya.

Lihat sahaja Menteri Pertahanan China Jeneral Wei Fenghe yang berucap dalam bahasa Mandarin dalam persidangan yang sama. Beliau tidak sedikit pun berasa kekurangan menggunakan bahasa rasmi negaranya.

Juga, kalangan netizen mempertikaikan beberapa fakta yang mungkin Menteri Pertahanan itu terlepas pandang.

Menteri pertahanan ada menyebut tentang kekuatan tentera laut Malaysia yang tidak dengan standing saiz kapal milik pengawal pantai China (China Coast Guard, CCG) yang lebih besar berbanding Tentera Laut Diraja Malaysia, dalam mengawal sempadannya dengan China.

Yang pertama, pengawal pantai China bukanlah tentera laut China. Peranan kedua-duanya berbeza sebagaimana TLDM dan APMM di Malaysia.

Pada masa yang sama, beliau mendedahkan kelemahan tentera Malaysia walaupun mungkin bukan itu niatnya. Menyatakan bahawa tentera kita lemah bukanlah jawapan yang sepatutnya keluar daripada seorang menteri pertahanan.

Yang keduanya, Malaysia tidak bersempadan laut dengan China secara langsung. Kebarangkalian untuk bertembung mungkin tidak berlaku. Mungkin maksudnya jika China menghantar tenteranya ke perairan Malaysia, bukan sempadan perairan Malaysia-China.

Dari sudut politik Malaysia, situasi itu menggambarkan betapa gelaran “menteri bodoh” yang pernah disebut-sebut sebelum ini bukan sesuatu yang pelik dalam kerajaan DAP-PH.

Jika inilah standard “profesional” yang dikatakan meninggalkan PAS, maka pemergian mereka sedikitpun tidak merugikan parti Islam itu.

Sebelum ini pun gelaran yang sama pernah ditimpakan kepada Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik oleh salah satu komponen PH sendiri.

Malah, sebelum ini pun sudah ada beberapa menteri yang dilihat oleh rakyat sebagai tidak cerdik dalam mengeluarkan kenyataan.

Perkara yang memalukan ini tidak sepatutnya berlaku. Setiap menteri PH mempunyai ramai pegawai lantikan politik masing-masing. Mereka sepatutnya membantu menteri terbabit bagi menghadapi persidangan antarabangsa seperti ini.

Nampaknya, kerajaan DAP-PH bukan sahaja gagal melunaskan janji pilihan raya,malah lebih malang lagi para menterinya tidak menepati standard untuk memimpin sebuah kerajaan. – 3 Jun 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.