SIAPA dia Kasthuri Patto?

Dialah yang pernah terlibat dalam kontroversi memperjuangkan kebebasan agama di negara ini.

Dia pernah menggesa Malaysia meratifikasi Deklarasi tentang Penghapusan Semua Bentuk Intoleransi dan Diskriminasi Berdasarkan Agama atau Kepercayaan PBB bagi menjunjung prinsip hak asasi manusia.

Dia juga yang memaki bantahan rakyat terhadap ratifikasi Statut Rom dengan caci ‘Bodoh. Bangang. Pentingkan diri’ selepas Malaysia umum tarik balik ratitikasi perjanjian antarabangsa itu.

Dia juga yang pernah mencetuskan kemarahan orang Islam terutamanya di Kelantan kerana menghina orang Kelantan sebagai ‘lapar’ hiburan.

Dia juga mendesak kerajaan agar hentikan tangkapan ke atas individu yang penganut ‘agama’ Syiah, Ahmadiyah dan sebagainya.

Tapi orang sebegini pula diberi ruang untuk mencemar kesucian Islam apabila dibenar mengagihkan bantuan zakat kepada golongan asnaf.

Kenapa Melayu Pakatan Harapan boleh biarkan orang sebegini menunggang agama Islam semata-mata kepentingan politiknya?

Apakah tiada lagi orang Islam yang lebih berkelayakan daripada si Bangsa DAP yang berulang kali mencetuskan kemarahan orang Islam?

Jika keadaan ini dibiarkan berterusan, tidak mustahil orang Islam akan hilang kepercayaan terhadap pusat pungutan zakat yang sekadar menutup mata terhadap perbuatan Bangsa DAP ini. – NTHQiBord, 3 Jun 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.