TUN Mahathir Mohamad sememangnya khuatir untuk menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mana tidaknya beliau tidak risau, kerana disebalik peranannya sebagai perdana menteri dipercayai pelbagai projek diberikan kepada kroninya termasuk anak-anaknya yang memperoleh kekayaan luar biasa.

Nescaya sekiranya Anwar naik sahaja jadi perdana menteri semestinya perkara pertama dia akan lakukan adalah membongkar kroni-kroni Tun Mahathir ini.

Kemudian Anwar mungkin akan jatuhkan satu persatu individu yang rapat dengan Tun Mahathir.

Kenapa presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) ini hendak sangat menumbangkan mereka ini?

Semestinya Anwar juga manusia biasa yang tidak lari daripada sikap ingin membalas dendam terhadap mereka yang pernah menzalimi dirinya.

Dia duduk di penjara bukan sehari dua, malahan bertahun-ahun.

Jadi sebab itulah, Tun Mahathir dipercayai melakukan pelbagai perancangan sulit di dalam memastikan bekas menteri kewangan itu tidak akan menjadi perdana menteri.

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) baru sahaja berusia setahun, tetapi banyak sudah wayang antara kedua-duanya kita boleh lihat.

Antaranya mengenai pengumuman Tun Mahathir berkenaan beliau tidak semestinya akan menjadi perdana menteri untuk tempoh dua tahun.

Dia ketika ditemuramah oleh media asing mengakui bahawa dirinya adalah perdana menteri sementara namun tidak pasti untuk tempoh dua atau tiga tahun.

Ketakutan Tun Mahathir ini dapat dilihat dengan jelas apabila beliau berjaya menarik beberapa Ahli Parlimen UMNO untuk menyertai Bersatu.

Perkara ini dipersetujui oleh bekas naib presiden Bersatu kerana, sedia maklum PH pada pilihan raya umum lalu menang dengan majoriti mudah.

Menurut Datuk Hamidah Osman, sekiranya disemak kembali adakah satu keperluan untuk Tun Mahathir menerima pemimpin UMNO lompat ke Bersatu.

Bukankah suatu ketika dahulu Tun pernah menggelarkan pemimpin ini UMNO sebagai ‘tidak berguna’ dan ‘sampah’.

Namun keadaan ini tidak lain tidak bukan adalah untuk memastikan Anwar melupakan hasratnya untuk menggantikan dirinya.

“Tindakan ini untuk Bersatu kuatkan parti dan jawatan dia sebagai perdana menteri,” katanya pada sesi wawancara bertajuk ‘Anwar Takkan Jadi PM : Hasrat Anwar Ibrahim Jadi PM akan Terbantut’ di studio Nothing To Hide, baru-baru ini.

Ini baharu sikit, kita tidak tahu apakah lagi rancangan yang beliau akan lakukan untuk menjatuhkan Anwar.

Sama-sama kita tunggu sambungan drama merebut jawatan perdana menteri ini! – NTHQiBord, 7Jun 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.