KEBIADAPAN Bangsa DAP dalam beberapa isu khususnya berkaitan Islam dan hak istimewa orang Melayu telah mencetuskan kebangkitan orang Melayu.

Dalam suatu wawancara, Ariffin Abu Bakar, Presiden Epanco berkata, kebangkitan orang Melayu termasuk golongan muda bukan sahaja daripada UMNO dan PAS, malah daripada PKR dan Bersatu.

Bagi beliau, contoh ketara kebangkitan orang Melayu ialah dalam perhimpunan membantah ICERD. Kemudian diikuti bantahan terhadap Statut Rom.

Bukan sahaja orang Melayu Islam daripada parti politik, malah pertubuhan bukan kerajaan turut bangkit membantah.

Ini menunjukkan, sebahagian besar orang Melayu mengetepikan soal parti politik dan boleh bersatu demi Melayu dan Islam.

Hati masing-masing terluka dengan tindakan yang dilakukan oleh DAP.

Ariffin juga mengingatkan DAP agar tidak menjadi punca rusuhan kaum sekali lagi. Hal ini kerana, jika peristiwa berdarah itu berulang kembali, ia akan member kesan yang buruk kepada negara dan ekonomi.

Untuk memulihkan kembali keamanan dan keharmonian akan menjadi lebih sukar.

Beliau juga menyatakan bahawa, negara luar yang ada hubungan dengan parti politik tempatan akan mengambil kesempatan daripada keadaan huru-hara tersebut.

Keresahan orang Melayu Islam makin bertambah akibat sikap DAP yang semakin berani mempertikaikan banyak perkara. Selain Icerd dan Statut Rom, isu status agama dalam kad pengenalan, isu pengiktirafan terhadap Israel, dan isu pendatang China memperoleh kad pengenalan dengan mudah.

Ariffin turut mengingatkan DAP tentang sejarah kedatangkan mereka ke negara ini. Mereka sepatutnya sedar tiada negara lain di dunia yang memberi ruang kepada pendatang untuk menjadi warganegara secara pukal.

Dengan kebaikan orang Melayu, mereka diberi ruang berkongsi kuasa mentadbir negara, menjadi menteri dan sebagainya.

Tiba-tiba kini mereka pula mempertikaikan tentang kedudukan orang Melayu di negara ini.

Kalau bukan tidak kemurahan hati orang Melayu, mereka sudah tentu akan dihantar pulang oleh British ke negara asal masing-masing – China dan India.

Bahkan, dengan segala ruang diberi, mereka mengambil kesempatan menanam kebencian dalam sebahagian anak Melayu sehingga lupa asal – usul sejarah bangsa, lalu menjadi bangsa yang berfahaman liberal.

Beliau mengambil contoh, ada segelintir anak Melayu yang tidak rasa bersalah menganjurkan aktiviti memegang anjing, seolah-olah tiada apa yang salah tentangnya. Walhal, anak Melayu yang mengaku Islam ini tidak faham tentang had-had yang perlu diketahui dalam perbuatan tersebut.

Malah, golongan ini sudah berani mempertikaikan golongan ulama, sedangkan ilmu agama mereka terlalu cetak untuk mempertikai golongan agamawan ini.

Ariffin juga menyelar sikap DAP yang hipokrit dalam hubungannya dengan PAS. Ketika parti Islam itu masih dalam Pakatan Rakyat, segala tindakan PAS tidak dipertikai,

Tetapi sebaik PAS keluar, pelbagai tuduhan dan fitnah dilemparkan termasuk fitnah menerima wang RM90 juta yang sehingga kini masih gagal dibuktikan.

Setelah PAS berkerjasama dengan UMNO, semakin banyak tuduhan dilemparkan sehingga menuduh kerjasama itu akan membentuk Taliban Malaysia!

Beliau membuat contoh mudah, mana-mana negara majoriti Islam, rakyat bukan Islam boleh hidup tanpa diganggu, berbanding orang Islam yang tinggal di negara majoriti bukan Islam – sering ditindas dan disiskriminasi. – NTHQIBORD 6 Mei 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.