BERLAKU kekalutan berkenaan prosedur pengampunan diraja di dalam membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata bekas naib presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Datuk Hamidah Osman berkata perkara ini berlaku apabila Nurul Izzah memberitahu kepada media bahawa bapanya akan dibebaskan dengan melalui proses itu.

Menurut Hamidah keadaan ini adalah ganjil kerana pada ketika itu jawatankuasa khas bagi membincangkan mengenai pembebasan Anwar belum ditubuhkan.

“Belum ada mesyuarat pengampunan tapi sudah umum awal-awal.

“Sepatutnya jawatankuasa ditubuhkan yang dianggotai oleh perdana menteri dan beberapa lagi menteri Kabinet duduk berbincang dan cadangkan kepada Yang di-Pertuan Agong (YPDA) untuk Anwar dibebaskan.

“Selepas diperkenankan oleh YDPA, baru Anwar dibebaskan,” katanya pada sesi wawancara bertajuk ‘Anwar Takkan Jadi PM : Hasrat Anwar Ibrahim Jadi PM akan Terbantut’ di studio Nothing To Hide, baru-baru ini.

Mengikut prosedur biasa, jawatankuasa khas perlu ditubuhkan dahulu barulah mesyuarat dijalankan untuk membincangkan mengenai pengampunan terhadap Anwar.

Kemudian setelah diperkenan, tahanan akan dibebaskan.

Sementara itu Hamidah turut memaklumkan bahawa proses pengampunan diraja itu seolah-olah tidak mendapat ‘restu’ daripada Tun Mahathir Mohamad.

Keadaan ini diperkatakan kerana perdana menteri tidak pernah mengumumkan secara lanjut mengenai pembebasan bekas timbalan perdana menteri itu, ujarnya.

Perkara ini kerana hanya Nurul Izzah sahaja beria-ria memaklumkan kepada rakyat, dan bukan Tun Mahathir.

Tambah Hamidah, beliau menyedari perihal ini sebelum pilihan raya umum lagi.

Malah Tun Mahathir sendiri yang mengakui kepadanya bahawa walaupun beliau telah berjanji pada Anwar mengenai penyerahan kerusi perdana menteri namun tidak semestinya akan ditunaikan.

“Sejak awal lagi Tun tidak pernah bersetuju untuk menjadikan Anwar sebagai perdana menteri.

“Sepanjang jadi naib presiden saya tidak nampak Tun akan serah kerusi tersebut kepada Anwar .

“Kalau kita ikut balik ya Tun pernah cakap…  ‘ya mmg ada janji hendak bagi Anwar jadi perdana menteri tapi tidak semestinya janji itu akan ditunaikan, saya akan serah balik kpd rakayat unutuk tentukan,” katanya merujuk kepada perbualannya bersama Tun Mahathir suatu ketika dahulu. – NTHQiBord, Jun 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.