MAKIN menjadi-jadi drama dalam Pakatan Harapan dek kerana berebutkan jawatan perdana menteri sehinggakan menyerang sesama sendiri.

Terbaharu Setiausaha Politik (Setpol) kepada Tun Mahathir Mohamad meluahkan perasaan tidak senang terhadap beberapa pemimpin PKR.

Katanya pemimpin daripada parti itu terlalu mendesak untuk melakukan peralihan kuasa dengan segera.

Keadaan ini mendorong Muhammad Zahid Md Arip membidas desakan itu sehingga beliau menyamakan tindakan pemimpin tersebut sebagai ‘anjing yang sedang menyalak’.

Dia menerusi satu rakaman video tanpa menyebut nama individu berkenaan berkata’ anjing yang berpenyakit itu’ sengaja menyalak semata-mata mahukan perhatian daripada tuannya.

Malah Zahid turut mengingatkan pemimpin tersebut untuk bersabar dan berpegang kepada janji seperti yang diperkatakan oleh Tun Mahathir Mohamad sebelum ini.

Pada masa yang sama dia turut meluahkan pada ketika ini perdana menteri akan berdepan dengan desakan secara berterusan

Terutama daripada segelintir pemimpin PKR  yang dilihat terdesak memastikan peralihan kuasa ini dilakukan dengan segera.

“Ini sebenarnya plot untuk beri tekanan kepada Tun Mahathir dan plot ini takkan berhenti di sini, akan diulang untuk beri tekanan yang kemuncak.

“Orang lain tidak boleh tenangkan anjing-anjing ini, hanya tuan dia saja boleh, jadi kita harap tuan dia bersuara, jangan ada sifat baling batu sembunyi tangan,” katanya dalam satu rakaman video hari ini.

Menerusi gambaran yang diberikan dipercayai bahawa indvidu terbabit adalah Datuk Johari Abdul.

Kerana memetik daripada ucapannya itu dia berkata pemimpin tersebut kalah ketika bertanding pada pemilihan cabang.

“Kita hidup dalam satu taman, hidup berjiran.

“Rumah jiran ada bela anjing dan anjing ini pula berpenyakit iaitu penyakit kalah bertanding di peringkat cabang dan dia mula perasan yang tuan dia mula menyampah dekat dia.

“Jadi dia menyalaklah untuk tarik perhatian dan ini bukan salakan pertama,” katanya.

Sebagai rekod, Johari merupakan Ahli Parlimen Sungai Petani , kalah pada pemilihan ketua cabang PKR lalu dalam pertandingan tiga penjuru kepada Dr Robert Ling Kui Ee yang merupakan penyandang jawatan tersebut.

Amaran keras Zahid itu ada asasnya kerana Johari terpaksa mengembalikan kepercayaan tuannya selepas kekalahan memalukan dalam pemilihan parti.

Jadi untuk menutup hal yang memalukan itu, tidak hairan jika Johari secara tiba-tiba menyatakan sokongan kepada presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebelum ini, Johari berkata kepada media bahawa sekiranya presiden PKR itu menjadi perdana menteri segala permasalahan yang dihadapi oleh negeri Kedah akan diselesaikan.

Sementara itu, seorang lagi pemimpin PKR, Datuk Abdullah Sani antara ‘anjing’ yang dimaksudkan Zahid kerana beliua turut meminta Tun Mahathir untuk memaklumkan tarikh sebenar peralihan kuasa kepada Anwar.

Abdullah berkata pengerusi Bersatu itu perlu memaklumkan dengan jelas bilakah beliau akan memberi laluan kepada Anwar Ibrahim untuk menggantikannya sebagai perdana menteri.

Malah Ahli Parlimen Kapar secara tegas berkata tidak memadai sekiranya Mahathir terus berkata bahawa beliau akan menyerahkan kuasa kepada presiden PKR itu tanpa “menyebut dengan jelas tempoh masanya”.

“Dengan menjadikan keperluan untuk mengukuhkan ekonomi sebagai alasan penangguhan (peralihan kuasa) adalah tidak rasional kerana ekonomi merupakan masalah yang berterusan,” katanya. – NTHQiBord, 5 Jun 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.