POLEMIK pelantikan Latheefa Koya sebagai ketua baharu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terus mendapat tentangan pelbagai pihak walaupun ada yang menyokong pelantikan kontroversi itu.

Berikut adalah 10 sebab Latheefa Koya patut letak jawatan sebagai ketua SPRM:

1. Langgar manifesto

Walaupun Latheefa sudah meletak jawatan sebagai ahli PKR, ia tidak menjamin bahawa SPRM akan bebas daripada sebarang pengaruh politik.

Seperti dilaungkan sebelum PRU14, Pakatan Harapan (PH) menabur janji bahawa tiada lantikan politik akan dibuat di bawah kerajaan baharu untuk mengetuai agensi kerajaan.

Jadi pelantikan ini jelas melanggar janji PH apabila Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad melantik Latheefa menggantikan Datuk Seri Shukri Abdull.

Penerimaan Latheefa hanya menunjukkan sifat munafik pemimpin PH kerana memungkiri janji yang telah dibuat.

Jadi jangan salahkan rakyat jika kerajaan PH digelar sebagai kerajaan munafik!

2. Mencemar imej SPRM

Selepas Shukri ambil-alih SPRM, keyakinan rakyat terhadap agensi antirasuah itu beransur pulih.

Beliau memiliki pengalaman luas dalam SPRM dan diyakini mampu menaikkan semula imej agensi itu.

Tetapi pelantikan mengejut Latheefa menggantikan Shukri ternyata tidak disenangi ramai pihak termasuk dalam kalangan kakitangan SPRM sendiri.

Jadi bagaimana Latheefa mahu mengetuai SPRM jika tidak mendapat kepercayaan daripada orang bawahannya?

Agensi kerajaaan itu mungkin tempang fungsi jika Latheefa terus berdegil ketuai SPRM dan melunturkan semula kepercayaan rakyat terhadap badan antirasuah itu.

3. Rakyat bantah

Baca saja di ruangan komen sejak berita pelantikan Latheefa diumumkan.

10 komen yang diberikan, 9 daripadanya menghentam teruk keputusan Tun Mahathir.

Itu sebabnya ada petisyen sudah dilancarkan bagi mendesak Latheefa meletak jawatan dengan segera.

Takkan rakyat perlu turun ke jalanan, baru Latheefa mahu berundur?

4. Lantikan politik

Nafilah sekeras mana pun, rakyat tetap nampak tanda PKR di dahi Latheefa.

Penglibatannya dalam politik selama puluhan tahun tidak bolej nafikan pelantikannya menerajui agensi kerajaan adalah pelantikan politik.

Soal ketegasan atau perjuangannya memerangi rasuah tidak cukup menyakinkan hati rakyat kerana beliau dan PKR sudah sinonim.

Eloklah Latheefa rujuk pada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman apa itu lantikan politik.

5. Pro- LGBT, liberal

Bukan rahsia lagi Latheefa merupakan aktivis LGBT dan seorang peguam yang berfikiran liberal.

Beliau perlu sedar majoriti rakyat di negara ini adalah beragama Islam dan menolak LGBT.

Jadi bagaimana seorang ketua yang menyokong hubungan songsang boleh mengetuai sebuah agensi penting kerajaan?

Sebarang keputusannya selepas ini boleh dipertikaikan kerana pendiriannya terhadap LGBT, apatah lagi beliau merupakan seorang beragama Islam dan tahu bahawa aktiviti songsang itu adalah haram!

6. Keupayaan diragui

Ini kali pertama SPRM diketuai oleh seorang wanita. Bukan saja soal Latheefa sebagai wanita diragui tapi soal pengalamannya juga menjadi pertikaian.

Untuk mengetuai sebuah agensi yang amat penting dalam kerajaan, pengalaman menjadi ukuran penting terutamanya dalam menyakinkan anak buahnya apabila mereka mula bekerjasama.

Latheefa mungkin hebat sebagai peguam, tetapi belum tentu mampu kendalikan sebuah agensi kerajaan.

Lihat saja bagaimana Menteri Pertahanan kita memalukan nama negara di persada dunia!

7. Penjawat awam kecewa

Dulu zaman Barisan Nasional, pelantikan politik telah mengecewakan penjawat awam.

Mereka merasakan lantikan sedemikian menghalang peluang untuk melangkah jauh dalam sesebuah agensi.

Kini di bawah PH, tiada bezanya. Jadi jika Latheefa tidak berundur, beliau hanya satu lagi buah catur yang menjadi mainan politik kerajaan PH.

8. Rule of jungle

Tun Mahathir sendiri akui pelantikan itu dibuat tanpa merujuk kepada Kabinet.

Memang tidak salah tapi ia tidak menepati aspirasi dan janji PH bahawa segala pelantikan penting perlu dicapai persetujuan bersama dalam Parlimen.

Tindakan Tun Mahathir itu terang-terangan meminggirkan rule of law yang dibangga-banggakan PH dan kini lebih dilihat sebagai rule of jungle.

Siapa paling berkuasa, dia yang membuat keputusan. Itulah perumpamaanya.

Jadi adakah Latheefa mahu menyokong amalam rule of jungle ini?

9. PH retak menunggu belah

Ada yang sokong. Ada yang menentang.

Dalam PH sendiri juga ramai yang bantah. Termasuklah parti komponen dari DAP dan PKR sendiri.

Mereka kecewa Tun Mahathir tidak bincang dulu isu pelantikan itu. Begitu juga dengan Latheefa yang tidak menolak tawaran tersebut walaupun beliau sendiri tahu akibatnya.

Jika Latheefa terus berdegil memegang SPRM, tidak mustahil PH akan berpecah.

Pastinya BN sudah tersenyum lebar jika isu ini berterusan.

10. Jadi amalan

Ini bukan cerita amalan dalam ibadah. Tapi kisah amalan yang akan diwarisi oleh kerajaan akan datang.

Dulu BN sudah dihentam teruk kerana mengamalkan lantikan politik. Dan kini PH mahu mewarisinya.

Jika Latheefa tidak berundur, amalan yang sama tetap akan diteruskan tidak kira berapa kali pun kerajaan bertukar.

Jadi tunggu apa lagi Latheefa? Letaklah jawatan secara terhormat atau lebih banyak sebab lagi akan ditunjukkan agar anda berbuat demikian. – NTHQiBord, 7 Jun 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.