BARU-baru ini, Kementerian Kewangan dipercayai meluluskan pengecualian 50 peratus cukai keuntungan harta tanah yang dipohon oleh Kumpulan Penyebaran Agama Kristian Pulau Pinang.

Perkara itu didedahkan oleh sebuah halaman Facebook, Malaya Voice yang berkongsikan sepucuk surat yang didakwa dikeluarkan oleh kementerian itu sebagai jawapan balas terhadap permohonan kumpulan agama tersebut.

Kandungan surat bertarikh 16 Mei 2019 tersebut menyatakan bahawa Menteri Kewangan selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 9(3A) Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976 bersetuju mengecualikan cukai keuntungan harta tanah sebanyak 50%kepada Kumpulan Penyebaran Agama Kristian Pulau Pinang ke atas keuntungan yang diperoleh bagi pelupusan harta tanah Geran (first Grade) No.183, Lot No.609, Seksyen 16, Bandar Georgetown, Daerah Timur Laut, Pulau Pinang.

Kesahihan surat tersebut tidak dapat dipastikan tetapi jika benar, Menteri Kewangan Lim Guan Eng mungkin menyalahguna kuasa untuk memberi pelepasan cukai kepada pertubuhan agama tersebut.

Portal Sabahkini2.com melaporkan, Guan Eng pada tahun lalu mengumumkan pengecualian CKHT berkuat kuasa mulai 1 Januari 2019 bagi individu yang melupuskan hartanah termasuk rumah kediaman kos rendah, kos sederhana rendah dan rumah mampu milik dalam tahun keenam dan seterusnya.

Pengecualian Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) diberikan bagi individu warga negara Malaysia yang melupuskan hartanah pada harga balasan RM200,000 dan ke bawah.

Bagaimanapun persoalan yang timbul adalah nilai hartanah bagi Geran (first Grade) No.183, Lot No.609, Seksyen 16, Bandar Georgetown, Daerah Timur Laut, Pulau Pinang yang digunakan oleh Kumpulan Penyebaran Agama Kristian Pulau Pinang.

Nilai hartanah itu dipercayai melebihi harga RM200,000, sekali gus tidak layak untuk mendapat pengecualian.

Kementerian Kewangan perlu tampil untuk menjelaskan kesahihan surat tersebut bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan rakyat berhubung perkara itu. – NTHQiBord, 8 Jun 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.