LATHEEFA Beebi Koya yang dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) harus melepaskan jawatan tersebut bagi membuktikan bahawa beliau bermaruah dan berintegriti.

Sebagai individu yang sering mempertikaikan salahlaku dan integriti pelbagai pihak, Latheefa harus menzahirkan pendirian beliau dengan menolak pelantikan tersebut.

Ternyata pelantikan tersebut tidak mengikut saluran yang betul tanpa melalui konsultasi JawatanKuasa Khas Parlimen apatah lagi perbincangan dalam Majlis Presiden Pakatan Harapan.

Tambahan lagi Y.A.B. Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad juga mengakui beliau melantik Latheefa tanpa perlu merujuk kepada Jemaah Kabinet terlebih dahulu.

Pelantikan dengan cara begini tidak boleh dijadikan amalan dalam kerajaan Pakatan Harapan kerana rakyat akan mempertikaikan ketelusan dalam prosedur pelantikan jawatan agensi kerajaan.

Kita harus lebih peka dengan kehendak rakyat khususnya dalam menzahirkan janji manifesto seperti yang termaktub dalam Janji ke-14 Buku Harapan dengan jelas menyatakan bahawa di bawah kerajaan Pakatan Harapan; “SPRM akan melapor terus kepada Parlimen, dan bukan lagi kepada Perdana Menteri”.

Justeru itu saya menggesa Latheefa untuk meletakkan jawatan serta merta sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika beliau bermaruah.

Sekian.

SYED BADLI SHAH B. SYED OSMAN
Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.