KECOH di media sosial berkenaan tindakan kerajaan negeri Perak yang membeli 16 buah kereta baharu jenis Toyota Camry yang berjumlah RM1.74juta.

Ramai dalam kalangan warga maya yang terkilan dengan tindakan itu, ekoran sikap kerajaan Pakatan Harapan (PH) ketika ini yang sering kali menyalahkan pemimpin lama sebagai punca kepada keadaan negara yang dibelenggu hutang yang banyak.

Oleh itu, disebabkan cakap tidak serupa bikin ini netizen membidas tindakan kerajaan negeri itu.

Antara komen tersebut termasuklah;

“Yeahhh! Keep mentioned Malaysia debt increase, then keep collect more and more tax from Rakyat…sekarang government keep using rakyat money to increase life standard, so enjoy to spend rakyat money😁😁😁 don’t know how many AES and New Tax will coming soon 😁😁😁tengok gambar itu, kerajaan member sangat gembira dapat kereta baru,” –Wyman Xing.

“Kalau peruntukan untuk rakyat duit xde. Kalau untuk sendiri ada duit pulak. Semoga semua mati eksiden,” – Aqims.

“Wow! Manifesto tak tunai sbb negara tak ada duit, negera nak bankrap. Skrg banyak pula duit,” –Hafiz Syukri.

“Sengsara rakyat sapa nak selenggara? Perangai macam ni buat orang makin meluat. Tak boleh ka korang nak sabar 2 3 tahun lagi. Hari2 bercakap pasal ekonomi tapi akhirnya ludah atas muka sendiri,” – Boon Siang The.

“Ini ke yang di nama kan kerajaan berjimat cermat,,sembang negara nk bankrap bagai,,,bagus lagi kerajaan dulu pakai kereta proton,kena pakatan hancing terus bedal kereta mewah,,seronok dapat kuasa mcm2 boleh buat,” – Amierul Famy.

“Cakap tak serupa bikin. Dah lupa diri ke? Sembang pongpang pasal pulihkan ekonomi. Rakyat biasa bayar cukai sangat tinggi untuk miliki kereta, korang senang2 dapat diskaun 90%. Jenis macam ni, bazir undi saja! – SH Cheng.

Sementara itu, netizen juga turut mengkritik pentadbiran kerajaan negeri yang tidak menyokong produk kereta tempatan seperti yang dinyatakan oleh perdana menteri.

“Kenapa tak gunakn perdana,preve..rakyad galakkan beli barang buatan Msia sedangkn kerajaan negeri mengutamakn kereta import..” – Ruz Sain.

“Perodua dgn proton xselamat ka? Bila kerajaan nk bangga kereta malaysia, asyik bangga kereta orang.. lepas tu pndai ajar rakyat jimat cermat…#ygmanakurangkitatambah,” – Nazri Six.

“Kalau proton offer free servis selama 5 tahun pun…aku percaya semua kerajaan negeri akan tetap beli honda atau toyota……Pergi korea atau jepun buat lawatan selalu….tp tak pernah nak belajar dari sikap dan mentaliti orang sana….” – Shaharuddin Proton.

Tindakan salah seorang exco yang berkata bahawa tujuan membeli kereta baharu ini untuk menjimat perbelanjaan turut dipertikai oleh netizen.

“Proton perdana guna 5 tahun..Camry pon guna 5 tahun..tlg terangkan kat mane boleh jadi jimat..” – Shahrul Ahmad.

“Kalau kau nak jimat, kau beli je vios. Toyota juga. Tak payah beli Camry. Sampai juga A to B. Duit lebih tu exco boleh buat program sambung belajar beramai-ramai. Pendidikan Tinggi kat Malaysia kan masih mahal lagi (ptptn dah mansuh rasanya). Teringat kata-kata (kencing-kencing) manis semasa kempen dahulu,” – Yunus Ismailov.

“Proton x menjimat kan ke ?Kerja nak bermewah2 je diorg je..Tolong la buat Jalan tu bg rata dulu,” Haku Lah Destiny.

Umumnya, kerajaan ketika ini perlu berhati-hati dengan tindakan mereka yang bermewah-mewahan kerana sekarang ini rakyat sedang menghakimi.

Walaupun pentadbiran negeri itu masih setahun jagung namun dapat dilihat secara jelas rakyat sudah semakin muak dengan pemimpin sedia ada. – NTHQiBORD 8 Jun 2019.

 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.