DAP mempunyai seribu satu perancangan di dalam menjatuhkan orang Melayu terutamanya berkenaan institusi raja-raja.

Malah untuk tidak menunjukan ketara sikap mereka itu, DAP mempergunakan pemimpin Melayu untuk mengkritik simbol kepada agama Islam di negara ini.

Keadaan ini dipersetujui oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifah, yang menyifatkan Bangsa DAP ini mengambil pengajaran daripada tragedi 13 Mei untuk mengelakkan mereka dipersalahkan sekali lagi.

Menurut Armand, akibat daripada kegagalan perancangan DAP pada 1969 itulah mereka beralih kepada strategi lain.

Kegagalan pada 13 Mei 1969 menyebabkan puak ini memperkudakan pemimpin PH untuk menghasut rakyat agar mempertikai fungsi institusi beraja, katanya.

“Hari ini mereka belajar daripada kesilapan lampau, mereka gunakan orang politik Melayu mempertikai kuasa raja-raja Melayu,” katanya.

Malah menurut Ketua UMNO Bahagian Subang itu, Bangsa DAP-PH ini seringkali menjadikan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai sasaran mereka.

Armand turut berkongsi bahawa teguran daripada TMJ berkenaan beberapa isu sejak kebelakangan ini adalah bersifat untuk menasihati kerajaan DAP-PH.

Tambah beliau, semasa pentadbiran Barisan Nasional (BN) dahulu, pemimpin daripada parti itu turut dikritik oleh TMJ.

Namun mereka tidak memberikan sebarang reaksi yang menjatuhkan TMJ, malah menganggap ianya adalah satu teguran membina.

“Mereka (PH) pertikai TMJ, saya hendak bagitahu sebelum pilihan raya umum lepas TMJ ada juga mengeluarkan pandangan yang dilihat tidak memberi (kelebihan) kekuatan kepada BN.

“Tidak ada pun orang dalam BN serang TMJ teruk macam ini.

“Tapi hari ni sekali lagi TMJ keluarkn pendapat…baginda diserang, sehingga serangan terhadap baginda menjatuhkan martabat institusi raja-raja, kita kena buka mata,” katanya pada sesi wawancara bertajuk ‘Kerajaan PH Gagal :Tun Mahathir Mengakui Kerajaan PH Kerajaan 5 Per 10, di studio Nothing To Hide, baru-baru ini.

Tambah Armand, kerajaan terutama daripada DAP ini sengaja mahu diangkat sebagai hero kerana sikap mereka yang berani mengkritik institusi beraja.

Malah puak ini sengaja menyasarkan golongan yang mempertikaikan fungsi raja-raja Melayu untuk menyokong mereka, katanya yang merupakan bekas exco pemuda UMNO.

Serangan hebat puak ini bukan hanya mahu tertumpu kerana raja-raja, namun ianya lebih kepada mahu menjatuhkan orang Melayu, ujarnya.

Oleh itu, sebagai permulaan mereka bertindak untuk mendoktrin pemikiran rakyat supaya membenci raja-raja Melayu.

Kemudian, daripada tindakan itulah akan lahirnya sentimen untuk menghapuskan institusi beraja ini.

“Mereka hendak tunjuk isyarat jelas kepada rakyat Malaysia khususnya bukan Melayu dan bukan Bumiputera mengatakan apabila kerajaan PH memerintah…’kita (PH) berani pertikai suara raja-raja Melayu’…”, katanya.

Armand turut memberi amaran kepada kerajaan bahawasanya rakyat pada ketika ini akan terus menyokong institusi diraja termasuklah TMJ.

Menurutnya lagi, perkara ini bukan disebabkan kerana baginda adalah anak raja tetapi atas dasar faktor TMJ yang merupakan lambang kepada institusi raja Melayu.- NTHQiBord, 9 Jun 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.