RAMAI dalam kalangan penyokong tegar Pakatan Harapan (PH) yang merasakan bersyukur dan beruntung kerana sekarang ini negara ditadbir oleh seorang perdana menteri yang berkaliber dan berpengalaman dalam menguruskan negara.

Tapi tahukah anda ketika ini ada tangan-tangan ghaib yang mempergunakan Tun Mahathir Mohamad untuk memastikan cita-cita pihak ini tercapai?

Mereka ini semestinya adalah bangsa DAP yang seperti diketahui ada impian yang bukan calang-calang, iaitu mahu menjadikan negara ini hak mereka serta dalam usaha untuk menjadikan negara ini sebagai Malaysian Malaysia.

Malaysian Malaysia adalah sebuah konsep yang mahu menyamaratakan agama dan kaum.

Keadaan ini secara jelas mahu mencabar dan membuat pelaksanaan yang bertentangan dengan Perkara 153, Perlembagaan Malaysia.

Oleh itu, di dalam usaha memastikan perancangan mereka berjalan lancar Bangsa DAP ini sengaja mempergunakan perdana menteri untuk memastikan rakyat mempercayai sebarang tindakan yang kerajaan lakukan.

Sebab itulah sejak Tun Mahathir menyertai blok bangsa DAP ini suatu ketika dahulu, mereka menerimanya dengan tangan terbuka.

Kerana puak ini menyedari bahawa pemimpin seperti Ahli Parlimen Langkawi itu mempunyai pengaruh yang besar dalam kalangan rakyat terutama sekali daripada orang Melayu.

Sejak itu, terjalinlah hubungan yang ‘akrab’ antara mereka sehinggalah terbentuknya PH.

Ketika kerajaan diketuai oleh Tun Mahathir ini kita dapat lihat dengan jelas, bahawasanya perdana menteri itu sememangnya dikawal oleh puak DAP.

Ahli majlis tertinggi UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifah bersetuju dengan pandangan itu dan mendedahkan bahawa pemimpin berusia 94 tahun itu terjerat dengan perancangannya sendiri.

Armand berkata, walaupun Tun Mahathir mencuba sebaiknya untuk menyembunyikan pengaruh DAP di dalam pentadbiran beliau namun keadaan ini disedari oleh rakyat.

“Mungkin (sebahagian) rakyat tidak nampak, sebab perdana menteri kita bukan Tun Mahathir tapi tangan ajaib yang ada dibelakang beliau iaitu salah satu parti yang mempunyai kerusi yang banyak daripada beliau.

“Individu tersebut senior dalam PH tidak pegang apa-apa jawatan dalam Kabinet atau menteri besar,” katanya.

Tambah Armand, pemimpin bangsa DAP itu cuba menguasai pentadbiran perdana menteri malah seakan mahu masuk campur di dalam dasar-dasar kerajaan.

Dia juga dengan sedaya upaya mahu segala keistimewaan yang dimiliki golongan Bumiputera khususnya orang Melayu ketika ini terhapus.

“Ini sebenarnya perdana menteri ajaib, atau tangan ajaib dalam PH.

Ketua UMNO Bahagian Subang itu, menamakan individu terbabit adalah Lim Kit Siang.

“Dia adalah perdana menteri yang sebenarnya iaitu Lim Kit Siang.

“Sebab dasar-dasar kerajaan hari ini menuju ke arah pemansuhan kepentingan Bumiputera, kepentingan agama, malah mempertikai institusi raja-raja,” katanya pada sesi wawancara bertajuk ‘Kerajaan PH Gagal :Tun Mahathir Mengakui Kerajaan PH Kerajaan 5 Per 10, bersama Nothing To Hide, baru-baru ini.

Malah Armand turut mendedahkan bahawa perkara berkenaan adalah impian yang sudah lama penasihat DAP itu perjuangkan.

Walaupun, Kit Siang tidak memegang sebarang jawatan dalam Kabinet namun beliau adalah susuk penting di dalam pentadbiran kerajaan ketika ini, katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa, Tun Mahathir adalah boneka dalam PH untuk memastikan sokongan rakyat terhadap kerajaan tersebut.

Namun d isebalik keputusan pengerusi PH itu, Kit Siang lebih dominan di dalam membuat keputusan berkenaan hal-hal pentabiran kerajaan.

“Ini adalah perjuangan tersirat Lim Kit Siang sejak mula beliau terjebak dalam politik hingga ke hari ini.

“Dan yang menjadi persoalan dia yang merupakan ahli politik yang senior yang pegang jawatan dalam DAP.

“Tapi tidak pegang apa-apa jawatan dalam Kabinet mahupun pentadbiran negara kerana Lim Kit Siang adalah perdana menteri ajaib dalam negara kita.

“Tun Mahathir hanya menjalankan tugas Lim Kit Siang,” tegasnya. – NTHQiBord, Jun 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.