ISU pelantikan Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapat pelbagai reaksi umum.

Ada yang bangkang, tapi lebih ramai yang sokong.

Berikut adalah sebab-sebab Latheefa perlu terus terajui SPRM demi menghapuskan gejala rasuah secara menyeluruh di negara ini.

Wanita berprinsip

Latheefa disifatkan sebagai individu yang tegas di dalam mempertahankan setiap perkara yang dirasakan tidak benar. Beliau dilihat akan bersuara secara lantang dalam menyuarakan perkara yang bertentangan dengan prinsip asal perjuangannya.

Keadaan ini dapat dilihat secara jelas apabila dia tidak menyembunyikan kesalahan yang dilakukan oleh sesiapapun termasuklah rakan dalam parti PKR. Pada tahun lalu, Latheefa pernah mengeluarkan kenyataan bahawa berlaku amalan rasuah dan politik wang dalam kem Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu yang melibatkan Rafizi Ramli yang dibelakangi Anwar semasa kempen pertandingan Timbalan Presiden PKR.

Beragama Islam

Perlantikan Latheefa sebagai ketua suruhanjaya yang bertanggungjawab menangani rasuah dalam negara ini bertepatan kerana dia adalah seorang yang beragama Islam. Beliau sebelum ini juga pernah bersuara berkenaan perkara-perkara yang bertentangan dengan prinsip agama.

Malah beliau juga pernah mengkritik seorang pemimpin yang menggunakan sentimen agama untuk kepentingan politik.

Memilih individu yang beragama Islam ini penting kerana ianya adalah salah satu langkah di dalam memastikan prinsip-prinsip serta nilai agama dijadikan sebagai teras di dalam membanteras amalan rasuah.

Tidak tamak dalam berjawatan

Perkara ini didedahkan oleh salah seorang pemimpin PKR yang berkongsi tindakan Latheefa yang tidak mahu bertanding pada pemilihan parti itu yang berlangsung pada hujung tahun lepas.

“Beliau ditawarkan bertanding dalam pemilihan parti beberapa kali, tetapi menolaknya setiap kali,” kata pemimpin tersebut.

Beliau yang juga pernah menjadi ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR itu disifatkan sebagai individu yang tidak mementingkan jawatan apatah lagi dalam politik kerana merasakan politik tidak kena dengan jiwanya.

Pakar perundangan

Pemilihan Latheefa adalah tepat memandangkan beliau adalah seorang peguam yang sudah berbelas tahun beramal dengan bidang ini. Beliau adalah berkelulusan daripada Universiti of London dengan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) LL.B. Hons.

Sebelum ini beliau adalah pengarah eksekutif Lawyers for Liberty serta merupakan Penasihat Undang-Undang PKR.

Hapus amalan krosnisme, pilih bulu

Amalan kronisme atau pilih bulu bukan lagi perkara baharu dalam agensi kerajaan termasuk SPRM sendiri.

Oleh itu, dengan kehadiran seorang individu asing seperti Latheefa di dalamnya ianya bakal menghapuskan amalan itu daripada terus berlaku, sekaligus memastikan badan itu bebas di dalam menjalankan prinsip asal mereka.

Tidak berpihak kepada mana-mana pihak berkepentingan

Walaupun beliau sebelum ini adalah ahli PKR, namun ianya tidak menjadikan dirinya terlalu taksub dengan parti. Malah Latheefa juga seringkali mengkritik pemimpin tertinggi parti itu yang melakukan perkara-perkara yang bercanggah dengan prinsip asal PKR.

Perkara ini turut mendapat persetujuan daripada Tian Chua yang berpendapat Latheefa akan menjalankan tugasnya dengan sebaiknya tanpa dipengaruhi mana-mana individu.

“Menunjukkan pertimbangan serta minda bebas dan tidak tunduk kepada kuasa dalam menjalankan tugasnya,” katanya.

Beliau  pada tahun lalu, turut mengkritik Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan mengeluarkan kenyataan bahawa pemimpin itu mengamalkan sikap kronisme dan nepotisme di dalam melantik pemimpin parti itu diperingkat negeri. -NTHQiBord, 10 Jun 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.