SEMALAM ‘abang besar’ Pakatan Harapan (PH) sudah bersuara menegur isu Latheefa Koya jadi Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baru.

Kit Siang kata cara pelantikan oleh Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad sah ikut undang-undang tapi salah kalau ikut politik.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu cakap tindakan Tun Mahathir sudah ketepikan janji manis ke-14 PH untuk mencari ketelusan dalam melantik seseorang mengetuai agensi kerajaan.

Ahli vetera DAP juga cakap Latheefa sendiri akan kritik Tun Mahathir kalau bukan dia yang dilantik dan cara pelantikan adalah sama seperti yang berlaku ketika ini.

Tapi semua perkara di atas lebih awal di’wayang’kan oleh pemimpin PH yang lain, tidak kira dari DAP atau PKR.

Satu perkara berbangkit yang menarik dikatakan Kit Siang adalah soal kepercayaan dalam kalangan pemimpin PH.

Kata beliau, pentingnya untuk sentiasa membina kepercayaan dalam kalangan pemimpin PH dan pengajaran kedua adalah keperluan para pemimpin PH menegaskan komitmen mereka kepada manifesto parti sebagai `road map’ bagi mencapai Malaysia Baharu.

Kata-katanya itu seolah-olah masih belum ada kepercayaan yang kukuh dalam kalangan pemimpin PH dan mungkin sebab itu Kit Siang membangkitkan soal itu.

‘Teguran’ Kit Siang itu dikuatkan lagi dengan bantahan bertalu-talu daripada pemimpin bawahan dan atasan dari parti komponen PH terutamanya PKR dan DAP yang mendesak agar Latheefa meletak jawatan.

Desakan itu mungkin menunjukkan mereka tidak percaya terhadap keputusan Tun Mahathir dan menggunakan alasan lantikan politik untuk menyembunyikan rasa tidak puas hati mereka terhadap perdana menteri.

Tidak kurang juga sokongan yang ditunjukkan kepada Tun Mahathir dan ini jelas menunjukkan keretakan dalam parti komponen PH yang hanya menunggu masa untuk berkecai.

Isu tidak percaya sesama ahli PH ini bukan perkara baharu. Ia sudah berlaku apabila mereka saling menyerang antara satu sama lain jika berbangkit satu-satu isu.

Sebagai contoh, isu matrikulasi yang dihadapi Menteri Pendidikan Maszlee Malik.

Sensiviti perkauman hanya topeng untuk menghalalkan pemimpin Bangsa DAP menekan Maszlee apabila beliau menyentuh kelemahan orang Cina.

Kini Bangsa DAP semakin berani bersuara. Kali ini Tun Mahathir pula jadi mangsa dengan alasan memungkiri janji manifesto.

Bijak tindakan Bangsa DAP ini kerana cuba mewujudkan imej buruk kepada Tun Mahathir sebagai pemimpin yang mungkir janji dan seolah-olah tidak boleh dipercayai.

Kit Siang juga menggunakan contoh pelantikan Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull pada 18 Mei 2018 yang mungkin juga melanggar Janji Ke-14 manifesto PH.

‘Teguran’ Kit Siang kali ini mungkin nampak bersahaja tetapi sebenarnya mempunyai maksud tersembunyi untuk mengingatkan Tun Mahathir.

“Jangan khianati DAP’, mungkin itu mesej yang mahu disampaikan Menteri Hal Ehwal Najib itu. – NTHQiBord, 10 Jun 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.