MUKHRIZ Mahathir mahu semua pihak hormat keputusan bapanya, Tun Mahathir Mohamad melantik Latheefa Beebi Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu.

Menteri Besar Kedah itu bagi alasan Latheefa sendiri tidak boleh sesuka hati melepaskan jawatan walaupun didesak pelbagai pihak termasuk daripada parti komponen Pakatan Harapan.

Ini kerana katanya, lantikan Latheefa adalah daripada Perdana Menteri dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Mukhriz kata tidak boleh sewenang-wenangnya Latheefa berundur walaupun didesak.

Malah beliau kata Tun Mahathir sentiasa mendengar daripada semua pihak. Keputusan telah dibuat.

Jadi adakah ini bermaksud bapanya yang juga Perdana Menteri menolak kehendak rakyat yang tidak mahukan Latheefa menjadi ketua SPRM?

Sudahlah mungkir janji dengan melantik orang politik dalam pegang jawatan dalam agensi kerajaan, rakyat pula diminta hormati kemunafikan yang berlaku?

Ini secara tidak langsung memaksa rakyat untuk membenarkan kerajaan Pakatan Harapan terus memungkir janji sedangkan janji tidak ada lantikan politik ini paling mudah dilaksanakan.

Jika janji lain seperti hapus tol, minyak murah dan hapus PTPTN diberi alasan menanggung hutang yang tinggi, kenapa janji tiada lantikan politik ini tidak boleh ditunaikan?

Mungkin Mukhriz sudah lupa kata-kata Maszlee Malik sebelum beliau jadi Menteri Pendidika.

Bila berjanji tetapi tidak ditunaikan, itu adalah sifat orang munafik. – NTHQiBord, 10 Jun 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.