SUDAH hampir setahun selepas Lim Guan Eng menuduh Barisan Nasional merompak duit kutipan GST berjumlah RM19.4 bilion.

Tapi peliknya, sehingga hari ini tiada tindakan diambil walaupun bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sudah membuat laporan polis berhubung dakwaan Menteri Kewangan itu.

Malah Najib turut meminta suruhanjaya siasatan diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat rompakan berskala besar ini.

Malangnya, Pakatan Harapan (PH) tidak mahu RCI ditubuhkan.

Laporan audit negara kerajaan PH menunjukkan kebanyakkan tuntutan tunggakan bayaran balik input GST memang tidak patut dan tidak layak untuk dibayar.

Selain itu, kebanyakkan tuntutan tunggakan yang layak dibayar ini juga berlaku untuk bulan April dan Mei 2019, bermaksud bayaran balik untuk bulan-bulan itu adalah tanggungjawab PH kerana tunggakan sesuatu bulan akan dibayar pada bulan berikutnya.

Peliknya, Guan Eng gunakan alasan mahu bayar balik ‘rompakan’ untuk paksa Petronas bayar dividen RM82 bilion.

Lalu Menteri Kewayangan ini berjanji bahawa bayaran balik ini akan dibuat mula tahun 2019 ini.

Tetapi laporan Perbendaharaan Negara dari Kementerian Kewangan minggu lepas menunjukkan bahawa hanya RM2.5 bilion telah dibayar untuk tuntutan cukai pendapatan dan RM3 bilion untuk input GST sahaja telah dibayar balik di dalam tempoh suku pertama tahun 2019.

Oleh itu, Najib berkata beliau ternanti-nanti laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berhubung pembayaran balik cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang hilang sebanyak RM19.4 bilion. – 11 Jun 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.