DEMOKRASI negara dicabul selepas Pakatan Harapan yang dikuasai Developers Action Party (DAP) merampas Putrajaya pasca PRU14 apabila tak tunai janji-janji apabila menang pilihan raya.

Hari ini, harga barang tak turun selepas SST ganti GST, hutang negara makin naik melebihi RM1 trilion, pelajar masih bayar PTPTN, hutang peneroka Felda tak dihapuskan, agama Islam dihuru-harakan, ekonomi peniaga Melayu masih terumbang-ambing dan banyak lagi ‘malapetaka’ dibawa PH-DAP.

Lebih menyedihkan, maklumat dalaman parti yang cukup SAHIH sampai ke telinga saya – jawatan timbalan perdana menteri Malaysia yang sejak merdeka diisi oleh orang Melayu bakal dirampas oleh DAP.

Maknanya Anwar jadi PM ke-8 dan LIM GUAN ENG jadi TPM ke-13.

“Kalau u nak DAP sokong u jadi PM, u mesti mau angkat saya punya anak jadi TPM bila u jadi PM ke-8,” itulah kata dua tokong DAP kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan bakal PM itu terpaksa akur dan setuju demi kuasa, menurut sumber dalaman.

Kalau kita tak hentikan ini, tanah ini yang dahulunya dipanggil tanah Melayu oleh penjajah British akan jadi tanah bangsa DAP apabila kuasa politik pula berada di tangan mereka setelah kuasa ekonomi tergenggam erat sejak sekian lama.

Bagaimana untuk hentikan komplot jahat Anwar-DAP ini? Jawapannya hanya satu, kita bersatu, Melayu bersatu atas nama Islam dalam penyatuan ummah. Tak apa kalau kita digelar rasis asalkan tujuan kita untuk pertahankan bangsa, agama.

AMRAN AHMAD NOR,
Timbalan Pengerusi Gagasan Tiga (G3).
Bekas timbalan pengerusi biro buruh DAP.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.