DUA petisyen sudah dilancarkan untuk Latheefa Koya sejak minggu lalu.

Satu menyokong peguam hak asasi itu sebagai ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu.

Manakala satu lagi mendesak peguam hak asasi itu meletak jawatan.

Petisyen menyokong Latheefa dimulakan sejak 5 Jun lalu oleh Alvin Chong dan kini sudah meraih sokongan lebih 16,000 tandatangan.

Tetapi petisyen membantah Latheefa setakat hari ini hanya meraih lebih 7,000 tandatangan.

Petisyen mendesak Latheefa letak jawatan itu turut ditandatangani oleh dua ahli Parlimen PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew.

Perkembangan ini menunjukkan lebih ramai rakyat menyokong Latheefa meneruskan tugas sebagai ketua SPRM selepas beliau dilantik oleh Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad menggantikan Datuk Seri Mohd Shukri Abdull.

Semalam, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya ‘mengalah’ dalam isu pelantikan ini apabila meminta semua pihak menghormati keputusan Tun Mahathir memilih Latheefa mengetuai SPRM.

Kenyataan ‘u-turn’ itu dibuat beberapa hari selepas bakal perdana menteri itu meminta penjelasan daripada Tun Mahathir berhubung keputusannya melantik Latheefa tanpa merujuk kepada Kabinet. – NTHQiBord, 11 Jun 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.