LATHEEFA Koya telah pun menjadi Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu , berkuatkuasa pada 1 Jun lalu.

Semalam beliau turut mempengerusikan mesyuarat pertama bersama semua pengarah bahagian dan negeri.

Pemerhatian kami mendapati ramai dalam kalangan pemerhati politik serta rakyat yang turut menantikan apakah pembaharuan yang bakal dilakukan oleh bekas Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty itu.

Perkara itu turut diakui oleh Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim yang turut berkongsi empat ciri kepimpinan yang ada pada Latheefa untuk mengetuai badan pencegahan rasuah ini.

Karakter yang tepat –  sebagai pejuang anti rasuah. Sikap itu dapat dilihat oleh rakyat bahawa beliau adalah orang yang tepat.

Ketegasan – yang perlu ditunjukkan , ditonjolkan dan tidak bertolak ansur serta mengetepikan prinsip kepartian di dalam menjadi ketua pesuruhjaya yang baik.

Komited – dalam melaksanakan tugas. Dengan fokus beliau tidak boleh diganggu dengan perkara lain selain anti rasuah, barulah perkara ini boleh dilakukan dengan baik.

Kefahaman – terhadap prinsip perjuangan anti rasuah sebagai seorang aktivis sosial dan peguam belia, mungkin Latheefa kurang ilmu dan kefahaman. Maka beliau mestilah ada kefahaman untuk tambah ilmu di dalam perjuangan anti rasuah ini melalui ini barulah beliau akan jadi ketua suruhanjaya yang baik. – NTHQiBord, 11 Jun 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.