Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad.

VIDEO tular yang memaparkan perlakuan hubungan songsang mirip seorang menteri di media sosial turut mendapat respon daripada perdana menteri.

Tun Mahathir Mohamad ketika ditanya media memaklumkan bahawa, beliau tidak tahu berkenaan kewujudan video kontroversi berkenaan.

“Saya tidak tahu tau apa pun, saya baru dengar, saya kena bacalah dulu.

“Kalau you (awak) boleh bagi briefing (taklimat), baguslah juga,” katanya demikian pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya hari ini.

Pagi tadi tersebar rakaman video serta audio yang dipercayai mirip seorang pemimpin politik yang juga turut menganggotai Kabinet Pakatan Harapan.

Kelakuan songsang pemimpin tersebut bersama seorang lelaki di sebuah bilik hotel di lokasi yang tidak dapat dikenalpasti.

Penyebaran video terbabit dipercayai disebarkan oleh pihak tertentu yang bertujuan menjatuhkan kredibiliti pemimpin berkenaan.

Malah sehingga kini, rakaman tersebut terus diperkatakan dan disebarkan di kumpulan Whatapps serta di laman sosial.

Sementara itu, Sekretariat Suara Rakyat memaklumkan bahawa pihak mereka akan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya.

Pengerusinya, Datuk Lokman Noor Adam berkata beliau mendapat video daripada dua orang lelaki melalui Whatapps.

“Salah seorang individu yang terdapat di dalam video tersebut mirip wajah seorang ahli politik.

“Laporan ini saya buat bagi menyiasat kesahihan video tersebut dan meminta pihak polis mengambil tindakan undang-undang kepada individu yang menyebarkan, yang berlakon di dalam video tersebut dan menghasilkan video tersebut,” desaknya lagi. – 11 Jun 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.