RAJA Thai Maha Vajiralongkorn secara rasmi melantik Prayut Chan-o-cha sebagai perdana menteri, menurut laporan agensi berita Xinhua.

Warta Kerajaan pada hari Selasa memaparkan pelantikan diraja Prayut sebagai perdana menteri selepas dia telah diundi dan mendapat kuputusan tertinggi kerajaan dalam sidang senat bersama minggu lepas.

Sebanyak 500 orang ahli parlimen dan senator mengundi Prayut untuk perdana menteri, berbanding 244 undi untuk pemimpin Parti Masa Hadapan, Thanathorn Juangroongruangkit.

Prayut mengekalkan kuasanya di bawah sokongan padu daripada perikatan 19 parti yang diketuai oleh Parti Palang Pracharath, selepas pilihan raya 24 Mac.

Beliau bagaimanapun belum menubuhkan sekurang-kurangnya 36 menteri kabinet termasuk dirinya sendiri.

Setelah pelantikan diraja, Prayut mengeluarkan kenyataan untuk memberi jaminan bahawa dia akan mendengar suara rakyat sambil memenuhi tugasnya untuk memberantas rasuah, mengurangkan ketidaksamaan dan meningkatkan kesejahteraan rakyat, khususnya sektor pertanian dan komersial.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada raja Thailand kerana melantiknya sebagai perdana menteri, dan semua senator dan Ahli Parlimen kerana memberi beliau peluang untuk terus berkhidmat kepada negara dan rakyat dan membawa pembangunan sejahtera dan lestari dalam semua aspek. – 11 Jun 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.