Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

MASALAH gengsterisme dalam PKR bukan perkara baru.

Lihat saja setiap kali pemilihan parti, pasti ada kerusi yang terbang dan pergaduhan tercetus.

Kalau tidak, masakan PKR digelar sebagai ‘parti kerusi terbang’.

Terbaharu, seorang bekas penyelidik Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat laporan polis kerana mendakwa dibelasah oleh seorang Pengerusi Perhubungan Negeri PKR di utara tanah air.

Kes itu yang berlaku pada 16 Mei itu sedang disiasat polis dan PKR pula sudah tampil memberi penjelasan bahawa mangsa mempunyai masalah disiplin dan dadah.

Kejadian itu berlaku dipercayai berlaku di pejabat Anwar di Lorong Tanjong, 5/4F, Jalan Gasing di Petaling Jaya dan mangsa mendakwa dicekik dan dipukul dengan teruk oleh si pelaku yang merupakan orang kuat Anwar.

Mangsa juga mendakwa diugut bunuh oleh si pelaku dan mengalami kecederaan patah tulang.

Tetapi PKR mendakwa mangsa cuba untuk memasuki premis tersebut tanpa izin pada bulan Ramadan lalu dan kecederaan yang dialami adalah luka lampau, bukannya akibat insiden itu.

Apa pun puncanya pergaduhan itu, kenapa perlu sampai mengugut bunuh? Adakah mangsa memegang rahsia parti sehingga dia diancam sedemikian rupa?

Satu lagi persoalan, kenapa kes ini baru didedahkan sedangkan ia sudah dilaporkan kepada polis lebih dua minggu?

Ini bermakna kes itu berjaya ‘disenyapkan’ untuk tempoh yang lama sebelum didedahkan oleh sebuah portal berita tempatan semalam.

Berdasarkan laporan polis kejadian itu yang tersebar di media sosial, kes itu juga didakwa diletakkan sebagai kes ‘Sulit’ seperti diarahkan seseorang yang berkepentingan atau VIP politik.

Jika benar, ini menunjukkan ada pihak cuba menyembunyikan atau menutup kes tersebut tanpa pengetahuan umum.

Malah ada dakwaan mengatakan rakaman CCTV di pejabat Anwar itu sudah dipadamkan dan dibuang dari simpnan.

Jadi polis perlu menyiasat dengan telus dan bertindak tegas dalam kes ini dengan mengenakan hukuman yang berat kepada pihak yang bersalah bagi menangani budaya politik gengster di negara ini.

Walaupun parti ini adalah milik bakal perdana menteri ke-8, polis perlu telus dan tidak pilih kasih dalam melaksanakan undang-undang.

Jika tidak, masalah politik gengster ini akan memberi contoh yang tidak baik kepada rakyat, lebih-lebih lagi ia berlaku dalam parti pemerintah. – NTHQiBord, 11 Jun 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.