SIKAP golongan pesawah yang terlalu bergantung kepada subsidi antara punca kemiskinan dalam golongan itu, kata Tun Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata golongan pesawah juga tidak efisien dalam menggunakan sepenuhnya pemegangan tanah mereka, sekali gus menyumbang kepada kemiskinan dalam kalangan penanam padi.

Oleh demikian, Tun Mahathir berkata kerajaan akan memberi perhatian utama terhadap isu kemiskinan dalam kalangan pesawah antara perhatian yang akan diberikan oleh kerajaan.

Katanya, kerajaan telah memperuntukkan lebih RM1.8 bilion setahun untuk memberi subsidi kepada 200,000 pesawah dan perlu mengimport AS$60 bilion makanan setahun.

“Kita dah ada terima beberapa perkara yang menyebabkan mereka menjadi miskin. Yang pertama ialah mereka mempunyai pemegangan yang terlalu kecil untuk memberi perolehan pulangan yang baik.

“Yang keduanya mereka tidak efisien. Di atas tanah yang satu ekar boleh keluar lapan tan, mereka keluar cuma empat tan,” katanya. – 11 Jun 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.