SEORANG anggota keselamatan Palestin cedera di bahagian tangan dalam serangan yang berlaku semalaman itu, menurut Gabenor Nablus Ibrahim Ramadan.

Tentera Israel melepaskan serangan tembakan ke arah sebuah ibu pejabat keselamatan di bandar Nablus di Tebing Barat yang diduduki, lapor agensi berita Turki Anadolu.

Sepasukan tentera Israel menumpu ke arah ibu pejabat itu dengan melakukan pengepungan di bangunan itu sebelum melepaskan tembakan dari tiga penjuru, kata Ramadan.

Ramadan turut menyatakan bahawa insiden itu sebagai satu perkembangan yang berisiko, apabila tentera Israel berundur dari kawasan tersebut sejurus selepas serangan.

Kawasan perkampungan dan bandar Palestin di Tebing Barat yang diduduki negara haram Israel sering berdepan serangan dan tindakan vandalisme oleh penduduk Yahudi.

Kira-kira sejumlah 640,000 penduduk Yahudi kini tinggal di 196 petempatan yang dibina dengan kelulusan kerajaan Israel.

Sementara itu, lebih 200 lagi dibina tanpa kelulusan di seluruh Tebing Barat.

Undang-undang antarabangsa mengklasifikasikan Tebing Barat, termasuk Baitulmaqdis Timur, sebagai “wilayah yang diduduki” dan menyifatkan semua projek pembinaan petempatan Yahudi di kawasan itu adalah haram. – 11 Jun 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.