PAGI ini tiba-tiba dunia maya meletup dengan penyebaran video hubungan sejenis dua lelaki yang mukanya mirip seorang menteri, dakwa portal mynewshub.

Penyebaran video itu mula timbul di group WhatsApp dalam beberapa klip pendek.

Mynewshub mendakwa tindakan penyebaran ini dikatakan berhubung rapat dengan suhu politik negara yakni jawatan perdana menteri bakal menjadi rebutan beberapa pihak tidak lama lagi.

Kejadian dipercayai berlaku dalam sebuan bilik hotel di lokasi yang tidak dapat dikenalpasti.

Sama ada benar atau tidak, pertarungan politik tanah air tidak pernah sunyi daripada penyebaran video sebegini.

Tujuannya tidak lain ialah mematikan karier pesaing politik. Sejak era 90-an, ketika perkembangan dunia teknologi digital, kaedah ini mula digunakan dan kesannya amat dahsyat.

Sehingga kini belum ada respon daripada mana-mana pihak. – NTHQibord 11 Jun 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.