UMMI Hafilda meluahkan rasa lega terhadap penyebaran video songsang yang melibatkan individu mirip abangnya, Azmin Ali.

Ummi menerusi Facebook, menyifatkan perbuatan lelaki yang digelar sebagai ‘Min’ itu sebagai balasan kerana dosa yang dilakukan ke atas arwah ibu dan adik mereka selama bertahun-tahun.

Dia juga video itu merupakan permulaan kejatuhan ‘Min’ selepas lelaki itu didakwa menghinanya di khalayak umum.

Malah Ummi berkata ada lagi video skandal lain yang melibatkan abangnya itu.

Ummi mendakwa ‘Min’ pernah menipu arwah ibu mereka kononnya dia sudah bertaubat di Mekah atas perbuatan homoseksual yang dilakukan sebelum ini.

“Kamu buang mak mcm sampah selama 6 tahun..jutaan airmata nya gugur..kamu fitnah adik kamu tahap paling tragis dan keji puluh tahun..demi menutup kemungkaran kamu yg paling meloyakan.

“Menjijikan..hingga jutaan penyokong bebal kamu maki hamun aku puluhan tahun dgn persepsi yg paling keji..today kamu mendapat

“Allah jawab doa aku min..Allah humban kamu sehina hina nya dek kekasih songsang kamu sendiri..sepanjang Ramadan tiap solat aku mengangkat tangan datang lah kebenaran siapakah dua durjana ni yg tidak layak memimpin negara

“Haram kan anwar dan azmin dari menjadi pemimpin kami..sesungguhnya Allah, Kau Maha Mengetahui Ya Allah, samada yang di langit mahupun di bumi.” tulisnya dalam Facebook hari ini. – NTHQiBord, 12 Jun 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.