BETUL kata Mat Sabu. ‘When elephants fight, it is the grass that suffers’.

Ini terjemahannya. Gajah sama gajah lawan, rumput mati di tengah-tengah.

Itu yang Menteri Pertahanan kita kata 1 Jun lalu semasa persidangan antarabangsa di Singapura.

Habis satu Malaysia malu sebab ada menteri pertahanan jadi bahan ketawa seluruh dunia.

Tapi ironiknya, 10 hari lepas Mat Sabu keluarkan kata-kata hikmatnya itu, muncul pula video dua ‘gajah’ lawan belalai yang mencetuskan kegamatan politik tanah air.

Mana tidaknya, salah satu belalai dikatakan milik menteri Kabinet dan satu lagi sudah buat pengakuan dia melakukan perbuatan terkutuk itu di sebuah hotel dipercayai di Sabah.

Tak sangka Mat Sabu dalam diam boleh jadi pakar ramalan. Dia seperti sudah dapat meramalkan aksi dua gajah yang bergaduh atau sebenarnya bercengkerama di atas katil.

Identiti salah ‘seekor gajah’ sudah diketahui dan seorang lagi masih berdiam diri, tapi siapa rumputnya???

Rakyatlah rumputnya. Disepit, dihenyak,dihimpit, dipijak angkara kerakusan pemilik gajah untuk berebutkan kawasan.

Politik atasan semakin merimaskan dan menjengkelkan rakyat. Modus operandi yang sama dipakai semula untuk menjatuhkan lawan masing-masing.

Isu kos sara hidup belum lagi selesai. Janji manifesto pula diganti dengan sajian video lucah homoseksual.

Aksi tikam menikam antara pemimpin Pakatan Harapan disajikan kepada rakyat ketika nilai ringgit terus merudum.

Ini baru setahun. Bayangkan jika rakyat perlu menempuh tempoh lagi empat tahun lagi sebelum pilihan raya umum akan datang.

Apa agaknya drama-drama politik yang akan dihidangkan kepada rakyat Malaysia yang mahukan pembaharuan di bawah Pakatan Harapan?

Adakah ini petanda negara akan pulih atau makin menglingkup?

Apa boleh buat. Inilah piihan rakyat pada pilihan raya lepas. Sediakan saja bertih jagung. – NTHQiBord, 12 Jun 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.