DATUK Seri Anwar Ibrahim semalam melakukan ‘u-turn’ berkenaan pelantikan Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu.

Tiba-tiba saja bakal perdana menteri ini mengajak pemimpin Pakatan Harapan (PH) dan rakyat untuk berlapang dada menerima keputusan Tun Mahathir Mohamad ini.

Sekejap betul nadanya berubah sedangkan beberapa hari lepas, Anwar mendesak agar Tun Mahathir memberi penjelasan tentang pelantikan itu.

Presiden PKR itu mendakwa pelantikan Latheefa tidak selari dengan manifesto Pakatan Harapan yang mahu menghapuskan amalan lantikan politik dalam agensi kerajaan.

Tapi liciknya Anwar, sempat dia kata untuk berbincang dengan Tun Mahathir berkenaan isu ini, mungkin sudah membayangkan kedudukannya mencapai cita-cita perdana menteri akan tergugat jika menentang pelantikan Latheefa.

Seperti yang sedia maklum, Latheefa pernah mengkritik Anwar serta kemnya terutama Rafizi Ramli berkenaan isu salah laku rasuah yang berlaku pada pemilihan PKR pada tahun lepas.

“Jadi masih nak melaung-laungkan REFORMASI 20 tahun!,” sindir Latheefa menerusi Facebook miiknya.

Memang tidak menghairankan jika pelantikan Latheefa boleh menggugat impian Anwar.

Malah beliau sepatutnya menyedari bahawa ada perancangan daripada pihak tertentu yang mahu menyekat kemaraanya untuk jadi perdana menteri yang seterusnya.

Perkara ini turut diakui oleh penasihat NGO Islam yang menyatakan bahawa hanya kem Azmin Ali sahaja yang ketika ini yang menyokong pelantikan Latheefa.

Kata Zamil Ibrahim, Ahli Parlimen Port Dickson itu merasakan terancam kerana sedia maklum Latheefa berada di belakang timbalan presiden PKR itu.

“Kenapa kem Azmin sahaja yang menyokong pelantikan Latheefa Koya ini?

“Kalau rasa pelantikan Latheefa ini beri ancaman kepada dia. Dia (Anwar) kena bertindak sekarang,” katanya.

Jelas sekali walaupun Anwar sudah bersetuju dengan pelantikan Latheefa namun jangan ingat ianya tidak habis di sini sahaja.

Jangan pelik sekiranya ada lebih banyak lagi ‘game’ daripada kem Anwar yang akan muncul secara tiba-tiba demi untuk menjatuhkan sesiapa pun.

Waima rakan dalam parti sendiri. – NTHQiBord, 11 Jun 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.